Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Gagal Capai Persetujuan, CL TInggalkan YG Entertainment Selepas 10 Tahun

Mya Amri 07/11/2019 | 10:46 MYT
Bekas anggota kumpulan 2NE1, CL akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, YG Entertainment.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Today, CL dilaporkan meninggalkan YG Entertainment selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dengan terma kontrak baru.
Bagaimanapun sehingga kini YG Entertainment masih belum memberikan respon mengenai perkara itu.
CL sebelum ini berada di bawah pengurusan YG Entertainment sejak tahun 2009 sebagai anggota 2NE1 sebelum dibubarkan pada 2016.
CL kemudiannya menadatangani kontrak semula dengan YG Entertainment untuk menjadi artis solo dan juga mengikat kontrak dengan label Amerika Syarikat School Boy Records, yang merupakan syarikat induk kepada Universal Music Group.
Sumber: Soompi / Koreaboo
#CL #Artis Korea
;