Laman Utama
Gagal Tahan Nafsu Lepas Layan Filem Porno, Guru Sekolah Agama Liwat Pelajar Lelaki
Seorang ustaz di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia bertindak mencabul seorang pelajar lelaki di sekolah agama tempat dia mengajar selepas menonton filem porno.
Ketua Polis Sei Beduk, AKP Benny Syahrizal berkata, kes amang seksual terhadap pelajar berusia 13 tahun itu didedahkan daripada laporan keluarga mangsa pada Julai lalu.
“Kes ini terbongkar ketika mangsa menceritakan kejadian pancabulan seksual oleh gurunya berinisial di sekolah asrama agama tempat dia belajar,” katanya pada Sabtu.
Ibu bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian yang menimpa anak mereka ke pihak yayasan, sebelum mereka ‘mengusir’ ustaz berkenaan dan menghantarnya pulang ke kampung halaman.
"Pelaku terus diusir keluar daripada sekolah berkenaan" ujarnya lagi.
Keluarga besar mangsa bersetuju melaporkan kejadian itu kepada polis. Selepas siasatan, polis menahan pelaku di kampung halamannya.
"Selepas menerima laporan, kami berkoordinasi dengan Polis Gresik dan menahan si pelaku. Dia terus dibawa ke Batam pada akhir Julai 2023," katanya.
Hasil pemeriksaan, perbuatan cabul dilakukan terhadap mangsa akibat ketagihan menonton filem lucah. Difahamkan, insiden amang seksual terhadap mangsa juga dilakukan lebih daripada sekali.
"Pelaku mengaku yang dia tidak dapat menahan nafsu selepas menonton filem dewasa. Dia kemudian pergi ke bilik mangsa lalu melakukan persetubuhan dengan mangsa. Perbuatan pelaku itu dilakukan berulang kali mulai Februari hingga Mei 2023," katanya.
Benny berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kemungkinan ada mangsa lain yang terlibat dalam kes itu. Namun, setakat ini, hanya seorang mangsa yang dikenal pasti.
"Kami masih meneliti sama ada terdapat mangsa lain. Setakat ini masih seorang, iaitu mangsa tadi," katanya.
Benny menambah, mangsa kini dikendalikan PPA Kota Batam untuk diberikan khidmat kaunseling.
“Mangsa dikendalikan PPA, bagi memulihkan keadaan psikologi selepas kejadian yang menimpanya,” katanya.
Jika didapati bersalah, si pelaku mungkin berdepan dengan hukuman penjara maksumum selama 15 tahun.
Sumber: detikSumut, TVOneNews