Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gaji RM14.7 Juta Seminggu, RM2.5 Juta Untuk Media Sosial, Ini 8 Permintaan ‘Gila’ Neymar Kepada Al-Hilal

Maliah Surip 17/08/2023 | 02:57 MYT
Perpindahan pemain bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) menyertai kem Al-Hilal untuk musim panas memang luar biasa lumayan.
Di sebalik para pemerhati sukan bola sepak menganalisis mengenai kontrak dua tahun yang diikat dengan Al-Hilal, ada fakta menarik tentang perpindahan bintang Brazil tersebut ke Arab Saudi.
Neymar, 32, dilaporkan dibeli dengan nilai yang cukup mahal selain beberapa permintaannya ditunaikan pihak Al Hilal.
Selain menerima gaji lumayan iaitu £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu, superstar sukan itu juga mendapat banyak ‘kemudahan’ lain. Ini antaranya;
Menerima bonus £80,000 atau RM402,732 setiap kali Al-Hilal memenangi perlawanan.
Neymar meminta kediaman yang bakal diduduki memiliki sekurang-kurang 25 buah bilik, dilengkapi kolam renang dengan keluasan 10 meter lebar dan 40m panjang serta tiga sauna.
Peti aisnya wajib ada minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.
Membawa chef peribadi dari Brazil dan minta disediakan seorang chef sos serta pekerja pembersihan.
SunSport melaporkan Neymar telah meminta disediakan lapan kenderaan mewah untuk digunakannya.
Tiga daripada kereta mewah termasuk Bentley dan Aston Martin untuk dirinya manakala yang lain digunakan oleh pasukannya. Dia mahu pasukannya menggunakan kenderaan jenis Mercedes G Wagons bersama pemandu.
Neymar akan menerima sebanyak RM2.5 juta untuk setiap satu kemas kini di media sosial yang membabitkan Arab Saudi.
Disediakan jet peribadi untuk bercuti atau digunakan ke mana-mana destinasi yang diingini.
Semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.
#Sukan #Neymar #Al-Hilal #Paris Saint-Germain #Guarana #Sunsport
;