Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Galeri Jenama CUCKOO Yang Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di Sarawak Pada 7 Disember!

Mya Amri 05/12/2022 | 22:39 MYT
Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah melancarkan Galeri Jenama pertama di Kuching, Sarawak.
Istimewanya lagi, CUCKOO telah membawakan pelbagai aktiviti dan promosi best untuk hari pelancaran!
Jadi Sarawakian, apa kata anda datang dan jadilah antara yang terawal melihat dan merasai sendiri pengalaman melihat Galeri Jenama CUCKOO yang pertama di Malaysia.
Aktiviti pelancaran dan promosi yang dilakukan sempena pelancaran akan berlangsung dari 7 Disember hingga 11 Disember bertempat di Galeri Jenama CUCKOO, Jalan Stutong Baru, Kuching bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
Manakala hari perlancaran Galeri Jenama CUCKOO pula akan berlangsung pada 7 Disember.

#CUCKOO Café by HWC Coffee

Buat pertama kalinya, CUCKOO akan melancarkan CUCKOO Café dengan kerjasama salah satu jenama kopi terkemuka dari Taiwan iaitu HWC Coffee.
Turut dilancarkan juga adalah minuman istimewa baharu dengan gabungan HWC Espresso dan Minuman Jus Buah Lemon WonderDewi-C iaitu WonderDewi-C Americano!
Dengan minuman ini, anda bukan sahaja merasai rasa kopi yang sedap tetapi juga meningkatkan kesihatan anda kerana WonderDewi-C adalah sebuah minuman jus buah yang mengandungi Vitamin C, Zink, Vitamin B Kompleks dan Inulin.
Pada 6 hingga 11 Disember juga akan ada promosi di mana anda akan mendapat diskaun 50% untuk cup kedua* manakala promosi pada 12 hingga 18 Disember pula adalah beli 2 percuma 1*.
Bukan itu saja. CUCKOO juga menawarkan 100 cawan kopi PERCUMA pada 10 hingga 11 Disember! Terhad kepada 100 pelawat Galeri Jenama CUCKOO Kuching. Banyaknya tawaran menarik! No wonderlah ramai yang suka CUCKOO kan?

#Aktiviti best bagi meraihkan pelancaran Galeri Jenama CUCKOO pertama di Malaysia Eh dah cakap bestkan, mestilah tak seronok kalau tak ada aktiviti menarik kan? Jangan risau, CUCKOO dah plan awal-awal untuk anda datang dan berhibur bersama keluarga.
Terdapat pemberian popcorn, gula-gula kapas dan pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan semasa acara tersebut.
Sepanjang lima hari, pengunjung juga boleh sertai kempen pusing dan menang (spin & win) yang mempunyai lebih 100 produk untuk diberikan sebagai hadiah dan jumlah keseluruhan pemberian itu adalah RM11,000.
Caranya mudah sahaja, pelanggan hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM100 dan ke atas untuk mana-mana CUCKOO produk dan berpeluang merebut hadiah utama*.
Hadiah termasuk Periuk Bertekanan Serbaguna Q10, Periuk Bertekanan Serbaguna P10, Hob Induksi Hybrid CUCKOO Inductwo dan banyak lagi.
Anda juga boleh tebus hadiah percuma apabila anda mengumpul kesemua 5 setem di Galeri Jenama CUCKOO.

#Promosi hebat
Tidak hanya terhenti di situ, terdapat juga Promosi Eksklusif di mana anda hanya perlu menambah RM150 pada pembelian anda untuk CUCKOO Kyndell Stainless Cookware yang bernilai RM600*.
Jika anda membuat pembelian semasa “Happy Hours” yang akan berlangsung pada 7, 10 dan 11 Disember, bermula jam 2 hingga 3 petang dan 6 hingga 7 petang, anda boleh menebus hadiah bernilai sehingga RM80 dalam tempoh masa ini*
Bukan itu sahaja, dapatkan CUCKOO Kyndell Thermo Flask secara percuma! Anda hanya perlu mendapatkan baucar daripada See Hua Daily dan juga akhbar The Borneo Post dan bawa baucar apabila anda melawat CUCKOO Brand Gallery Kuching untuk menebus 1 CUCKOO Kyndell Thermal Flask*.
Jadi Sarawakian, apa tunggu lagi #SAMASAMA alami keseronokan perjalanan dalam Galeri Jenama CUCKOO dan #SAMASAMA raihkan pelancaran Galeri Jenama pertama di Malaysia ini!
#Sarawak #Cuckoo #Galeri #Galeri CUCKOO
;