Viral

Gantung Diri Di Flyover, Lelaki Tinggalkan Surat Terakhir Dalam Bentuk GoogleDocs Untuk Tatapan Umum

Gempak
29/06/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Gantung Diri Di Flyover, Lelaki Tinggalkan Surat Terakhir Dalam Bentuk GoogleDocs Untuk Tatapan Umum
Perkongsian terakhir milik seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia dengan cara menggantungkan diri di flyover Cimindi, yang terletak di sempadan Kota Cimahi dan Kota Bandung, Jawa Barat, pada Jumaa menjadi sorotan warganet.
Sehari sebelum memutuskan untuk menamatkan riwayatnya, lelaki tersebut terlebih dahulu memuat naik gambarnya ketika berada di SMA.

Surat terakhir

Menerusi foto yang dikongsikan itu, dia dilihat tersenyum lebar sambil bermain gitar dengan mengenakan pakaian seragam berwarna putih kelabu.
Lelaki berkenaan mencantumkan caption dalam foto terakhirnya dengan kalimat bahasa Inggeris yang bermaksud: “Jangan salahkan orang lain, tersenyumlah seperti dulu.”
Warganet lantas menilai kapsyen tersebut sebagai kalimat yang menzahirkan perpisahan.
Selain itu, surat terakhir yang ditulis lelaki itu menerusi Google Docs turut menjadi sorotan orang ramai.
Dalam tulisannya, lelaki itu menjelaskan dia merupakan mangsa buli sejak kecil. Hal ini kerana, dia memeluk agama minoriti dalam komunitinya. Ketika agamanya dihina, dia pernah mencuba untuk membela, tetapi hasilnya dia malah semakin dibuli.
Buli paling teruk yang diterima ketika dia di sekolah menengah. Ketika itu, rakannya memberinya air dalam botol minuman yang dilihat seperti berperisa oren, namun ternyata isinya adalah air kencing.
Dia juga mengaku tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang pengalaman membulinya. Dia takut ini hanya akan memburukkan lagi keadaan dan membuatkan dia semakin dijauhi oleh rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Tumpahkan Air, Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Maut Dipukul Ayah Tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek Mandul, Lelaki Bunuh Jiran!

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

Biarpun sering dibuli, lelaki berkenaan turut bercerita tentang sisi terbaik dalam hidup ketika di SMAN 4 Bandung yang dianggap sebagai saat terindah baginya.
Hal Ini kerana, dia merasakan dirinya mula diterima dan boleh menjadi dirinya sendiri apabila di hadapan rakan-rakan.
Menurut lelaki itu lagi, dia tidak perlu menjadi orang lain untuk disenangi, tidak perlu kelihatan nakal dan tidak perlu kelihatan seperti orang kaya di sekolah menengah. Dia turut memberitahu dia gemar bermain gitar dalam kalangan rakannya.
Netizen kemudian memadankan pengalaman hidup mangsa dalam surat itu dengan hantaran terakhirnya di Instagram. Pada hari Khamis, dia memuat naik empat keping foto dirinya bermain gitar di sekolah menengah bersama rakan-rakannya. Foto itu dianggap sebagai salah satu detik gembira mangsa sepanjang hayatnya.

Polis telah memindahkan mayat mangsa ke Hospital Bhayangkara Sartika Asih di Bandung untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan hasil pemeriksaan awal, tiada kesan keganasan ditemui pada mayat mangsa, bagaimanapun bagi menentukan punca kematian, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat.
Sumber: Viva
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar