Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gara Gara Main Sorok Sorok, Kanak-Kanak Maut Tersepit Pagar!

Gempak 16/11/2022 | 10:42 MYT
Menyayat hati, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Australia ditemui maut akibat dihimpit pagar garaj rumahnya, selepas terperangkap semasa main permainan sorok-sorok, lapor Daily Star.

Menurut bapanya, mangsa ketika itu sedang bermain permainan sorok-sorok bersama rakannya dan apabila dijumpai, tubuhnya sudah dihimpit oleh pintu garaj.

“Kami berada di tingkat atas rumah dan apabila saya pergi untuk melihat keadaannya, dia tersangkut di pagar garaj. Saya melihat mereka berdua tersangkut di pagar.

“Saya berfikir mereka bermain sorok-sorok. Tetapi apabila saya semakin dekat, saya nampak darah mengalir keluar dari mulut anak saya,” katanya.

Katanya lagi, dia mahu menolong mengeluarkan anaknya namun pagar garaj itu terlalu besar dan susah untuk mengalihkannya.

“Saya cuba untuk menurunkan pintu pagar tetapi tidak boleh kerana ia terlalu besar dan berat. Saya sentuh kepalanya, saya sentuh jari dia semuanya sejuk.

“Namun rakannya seakan sedar dan menjerit meminta pertolongan,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat juga bergegas ke rumah mereka untuk cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu rakan mangsa yang turut bermain sama ketika kejadian pula berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital.

Difahamkan punca kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis Victoria, tapi mereka tidak menganggap insiden berkenaan sebagai sesuatu yang mencurigakan.

Sumber/kredit: Daily Star

#Kanak-Kanak #Maut #Main #Sorok #Pagar #Gara #Tersepit
;