Viral
Gara-gara Arnab Panggangnya Disangka Kucing, Peniaga Tampil Beri Penjelasan
Semalam, foto arnab panggang yang dijual di bazar Ramadan Guntong Luar Setiu, Terengganu tular di laman sosial.
Kisah bermula apabila seorang pembeli yang menggunakan pengenalan diri Long Kuning di Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar makanan eksotik itu dan mendapat perhatian kerana rupa bentuk dan penyediaan juadah tersebut.
Netizen mula menyuarakan rasa tidak senang dengan gambar terbabit yang disifatkan menyerupai kucing yang dipanggang.
Bagaimanapun, pemiliknya, Mohd Ebbie Shafiean tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa hidangan yang dijualnya adalah arnab panggang dan halal untuk dimakan.
"Jangan kecam ambo (saya), ambo jual arnab, barang halal, bukan barang haram," tulisnya di Facebook semalam.
Malah, Mohd Ebbie menjelaskan bentuk arnab yang dijualnya lebih panjang daripada saiz asal haiwan itu kerana cara memasak dan sudut gambar diambil.
Tempias daripada tularnya gambar-gambar itu, dia memaklumkan semua stok hidangan itu telah habis dijual dan akan ditambah semula pada minggu hadapan.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit: Facebook Mohd Ebbie Shafiran