Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan

Izwan Isa 25/09/2023 | 15:50 MYT
Supermodel tersohor, Gisele Bundchen mendedahkan yang dia pernah merancang untuk bunuh diri pada kemuncak kerjayanya sebagai model.
Gisele berkata, rasa itu hadir kerana jadual kerja yang padat, menyebabkan dirinya tidak sempat berehat sehingga menyebabkan munculnya gangguan mental dan serangan panik.
“Saya (seperti) dalam terowong. Saya tidak boleh bernafas. Kemudian saya mula berada di studio, dan saya rasa seperti sesak nafas," katanya dalam temu bual bersama CBS News Sunday Morning, seperti yang dilaporkan oleh Female First.
Bekas isteri kepada atlet Tom Brady itu menambah, dia merasakan seperti mahu terjun daripada tingkat sembilan apartment yang dihuninya.
Berusia 23 tahun pada waktu itu, Gisele berkata, yang terlintas di fikirannya hanyalah untuk mati.
“Seketika, saya terfikir untuk melompat keluar dari apartment. Saya sebenarnya mempunyai pemikiran yang jika saya melompat daripada bumbung, ini akan berakhir, dan saya tidak akan mempunyai kebimbangan di dunia.
"Idea yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah mungkin lebih mudah jika saya melompat sahaja. Semuanya akan berakhir. Saya boleh keluar dari hal ini," sambungnya.
Kini, keadaan mental Gisele jauh lebih baik daripada sebelumnya.
"Apabila saya mengenang kembali saat itu, dan gadis berusia 23 tahun itu, saya mahu menangis. Saya ingin memberitahunya bahawa semuanya akan baik-baik saja, bahawa dia belum pun mula menjalani hidupnya. Tetapi pada masa itu, jawapannya hanya melompat.
“Kini saya boleh memilih lebih banyak perkara yang saya mahukan,” akhiri Gisele.
*Maklumat ini tidak bertujuan untuk memberi inspirasi kepada sesiapa untuk mengambil tindakan yang serupa. Jika anda merasakan gejala kemurungan dengan kecenderungan untuk berfikir untuk membunuh diri, segera rujuk masalah anda dengan pihak yang boleh membantu, seperti pakar psikologi, pakar psikiatri atau klinik kesihatan mental.
BACA: Percaya Kad Tilik & Batu Kristal, Gisele Bundchen Tak Kisah Digelar Ahli Sihir​
#Gisele Bundchen
;