Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gara-Gara Kesempitan Hidup, Bayi Perempuan Maut Ditetak Bapa Saudara!

Awani 05/07/2021 | 16:36 MYT

Disebabkan kesempitan hidup, seorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor pada Ahad lalu.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed

Menurutnya, kejadian pada pukul 12.25 tengah hari dan berpunca akibat pergaduhan sesama keluarga yang turut mengakibatkan ibu kepada bayi berkenaan mengalami kecederaan.

Menurutnya, tangkapan yang dibuat oleh orang awam terhadap suspek berusia 27 tahun pada hari yang sama di lokasi kejadian selain turut merampas sebilah parang.

“Tangkapan awam ini dilakukan oleh ahli keluarga suspek sendiri dan semasa tangkapan dibuat polis mendapati suspek mengalami kecederaan akibat pergelutan antara ahli keluarga.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Arjunaidi memaklumkan suspek berada dalam keadaan lemah pada pukul 4 petang sebelum dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk menerima rawatan.

Suspek dilaporkan meninggal dunia di hospital pada sekitar pukul 6.37 petang selain turut memaklumkan keadaan itu kepada keluarga suspek.

“Proses bedah siasat akan diadakan secepat mungkin selepas pihak hospital mendapatkan keputusan ujian saringan COVID-19.

“Satu laporan polis telah dibuat keluarga si mati agar siasatan dibuat bagi tujuan mendapatkan punca sebenar kematian suspek,” katanya lagi.

Susulan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut membuka kertas siasatan bagi menumpukan prosedur operasi standard (SOP) terhadap aspek kelakuan jenayah semasa mengurus suspek.

#Bunuh #Jenayah #Polis #Bayi #Tetak
;