Berita

Gara-Gara Makan Hidangan Belut Panggang, 130 Orang Alami Keracunan

Gempak
30/07/2024
12:25 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Makan Hidangan Belut Panggang, 130 Orang Alami Keracunan
Seramai 130 orang mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan belut panggang yang dijual minggu lepas di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo, pada Isnin.
Menurut pusat kesihatan bandar Yokohama, kesemua mereka melaporkan gejala seperti muntah dan cirit-birit tetapi kebanyakan kes tidak serius.
Menerusi laporan Agensi Berita Kyodo, satu-satunya kematian dalam kalangan individu terjejas adalah seorang wanita berusia 90-an yang punca kematiannya tidak diketahui.
Menurut pusat kesihatan awam, mereka mengesan staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit dalam najis beberapa orang yang memakan hidangan itu.
Ramai orang di Jepun makan belut panggang atau unagi pada musim panas kerana percaya ia membantu mereka menyejukkan badan.
Sumber - Bernama-Kyodo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar