Viral

Gara-Gara Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’, Sofea Shra Kini Ditahan Wad - “Saya Mungkin Menghidap Penyakit…”

Ainun
07/09/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Pertama Kali Sertai ‘Spin Class’, Sofea Shra Kini Ditahan Wad - “Saya Mungkin Menghidap Penyakit…”
Pempengaruh kecantikan, Sofea Shra memaklumkan dia kini ditahan wad di sebuah pusat perubatan disebabkan berkemungkinan menghidap penyakit Rhabdomyolysis selepas menyertai kelas ‘spin’ baru-baru ini.
Hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, Sofea berkata dia tidak membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu sebelum menyertai kelas tersebut kerana
Bagaimanapun, Sofea menyedari bahawa kelas itu tidak sesuai untuk dirinya yang baru pertama kali mencubanya, dan dia mula berasa sakit di bahagian paha.
"Saya pergi ke kelas 'spin' pada hari Isnin sebab nak teman kawan saya. Saya bukanlah seorang yang bersenam pun. Saya hanya ingin mencuba untuk seronok saja tanpa melakukan sebarang penyelidikan tentang kelas 'spin' sebelum menyertainya.

"Kemudian saya dapati bahawa kelas 'spin' bukan untuk seseorang seperti saya yang baru nak mula bersenam. Keesokan harinya, saya mula rasa sakit di bahagian paha. Pada mulanya, saya ingatkan sakit biasa," kongsinya di Instagram Story.

Rhabdomyolysis

Untuk maklumat, penyakit Rhabdomyolysis adalah keadaan di mana otot rangka yang rosak pecah dengan cepat, selalunya disebabkan oleh senaman berintensiti tinggi dalam tempoh yang singkat.
Gejala mungkin termasuk sakit otot, kelemahan, muntah, dan kekeliruan. Terdapat juga kemungkinan air kencing berwarna seperti teh atau degupan jantung yang tidak teratur.

Sakit yang berlarutan

Risau tentang kesihatannya selepas mengalami sakit selama dua hari, Sofea bergegas berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
Pada masa yang sama, seorang pengajar kelas 'spin' turut menyarankannya untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan dengan lebih cepat.
Selepas mendapatkan nasihat daripada pakar, Sofea berkemungkinan mengalami sindrom penyakit Rhabdomyolysis disebabkan badannya tidak mempunyai kandungan air yang mencukupi.

"Selepas mengetahui bahawa saya mungkin menghidap penyakit tersebut kerana simptom yang dialami sangat tepat, saya terus berjumpa dengan doktor. Namun, doktor berkata bahawa adalah tidak mungkin saya mendapat rhabdo kerana jika benar, saya sudah pasti 'KO' sekarang.

"Dan mungkin juga ia berlaku kerana saya tidak cukup air dalam badan. Jadi, saya minum banyak air, tetapi masalahnya masih sama. Kemudian, saya pergi ke TikTok dan melihat banyak video orang lain yang mengalami perkara sama selepas menyertai kelas 'spin', malah ada yang dimasukkan ke hospital," jelasnya.
Dalam pada itu, Sofea meminta orang ramai mendoakan agar dirinya cepat sembuh dan menyatakan bahawa ini adalah pengalaman paling menakutkan yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Kepada yang sempat tengok cerita saya siang tadi, ini adalah kemas kini: malangnya apa yang saya jangka adalah benar. Saya kini sedang dirawat di hospital. Doakan saya cepat sembuh.
“Ini adalah salah satu perkara paling menakutkan yang pernah berlaku kepada saya," katanya.

BERITA TRENDING: Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

BERITA TRENDING: Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

BERITA TRENDING: Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024