Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Gaya Raya Paling Ori Ungguli Carta Pertama YouTube Ads Di Malaysia Bagi Setengah Tahun 2018

Syafiqah Jalal 10/07/2018 | 09:21 MYT
Filem pendek raya Astro, Gaya Paling Ori mengungguli carta pertama YouTube Ads di Malaysia bagi setengah tahun 2018.
Menerusi laporan laman web Marketing Interactive, iklan terbitan Astro itu tersenarai dalam top 10 iklan di Malaysia yang mendapat tontonan tertinggi antara Januari hingga Jun 2018.
Lari daripada kebiasaan, filem pendek yang mengangkat semangat #MeriahBersama ini memaparkan sesuatu yang mencuit hati, berbeza dengan karya sebelum ini.
Memaparkan keletah seorang jejaka bernama Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana yang mahu digayakan sempena sambutan Raya, kisah ini disampaikan dalam cara unik dan menggeletek hati peminat.
Sementara itu, lapan pemenang bertuah peraduan Gaya Raya Paling Ori menerima hadiah dan diraikan dalam majlis rumah terbuka Astro Warna semalam.
Peraduan tersebut diinspirasikan daripada filem pendek Gaya Raya Paling Ori.
Pemenang-pemenang yang datang dari seluruh Malaysia itu bertuah selepas menghantar gaya paling meriah dan kreatif bersama keluarga atau rakan-rakan pada sambutan Raya baru-baru ini.
Selain dapat menjadi tetamu VIP pada rumah terbuka Astro Warna yang berlangsung di Marriot Putrajaya, mereka juga menerima hadiah masing-masing.
Pemenang utama, Ahmad Faihul Irfan menerima hadiah empat keping tiket trip untuk ke Gold Coast, Australia.
Sementara pemenang kedua, Nur Diyana Badrul Hisham menerima Samsung HD Smart TV dan tempat ketiga Muhammad Izzudin menerima Sony Sound Bar.
Manakala lima penerima saguhati mendapat baucer membeli-belah bernilai RM200.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#YouTube #Gaya Paling Ori #Iklan Astro
;