Laman Utama
"Gelek Macam Pelacur Chow Kit" - Baby Shima Buat Laporan Polis, Beri Amaran Padam Video Parodi OKU Dalam Tempoh 48 Jam
Penyanyi Baby Shima memberikan amaran kepada pemilik akaun media sosial YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter untuk memadamkan video parodinya yang tular baru-baru ini.
Jelas Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, tempoh 48 jam diberikan kepada semua pemilik akaun berkenaan untuk memadamkan video terbabit.
"Alhamdulillah selesai report setelah 3 jam beri keterangan di balai polis. 2 kes twitter yang menyebarkan dan 1 kes IG fitnah.
"Mana yang ada upload video tersebut di YouTube, Facebook, Instagram atau di sosial media, sila padamkan dalam masa 48 jam atau akan diambil tindakan," tulisnya berserta tanda pagar #adanampakmummyhappy.
Shima turut memuat naik fotonya berdiri sambil memegang salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Mutiara Damansara pada petang Rabu.
Terdahulu, Shima berkongsi penerangan mengenai Akta Komunikasi & Multimedia 1998 di ruangan Instagram Storiesnya selain memuat naik video ringkas berada di unit siasatan untuk tindakan lanjut.
Shima juga sebelum itu memuat naik paparan skrin komen yang ditulis pemilik akaun Instagram yang melabelkannya seperti pelacur Chow Kit.
"Kau pun gelek macam pelacur Chow Kit. Ingat artis Malaysia ni bagus sangat ke. Dalam banyak-banyak kerjaya seni artis inilah yang tidak menjamin masa depan. Bodoh kena kecam. Perempuan murahan," tulis pengguna terbabit.
Kemudian, balas Shima; "Jangan suka hina kerjaya orang sedangkan awak tidak tahu ke mana duit mereka tuju dan bagaimana hasil berkerja kerasnya orang dalam kerjayanya. Setiap kerjaya orang adanya suka, duka deritanya tanpa pengetahuan orang lain."
Terdahulu, tular sepotong video parodi Shima melakukan aksi menggunakan kaki seperti yang dilakukan tokoh OKU, Zharif Afandi.
Tindakan Shima itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap ia menghina golongan OKU.
Shima kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar mengenai kejadian terbabit.
Penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu juga telah membuat permohonan maaf kepada tokoh OKU berkenaan berhubung tindakannya itu.