Laman Utama
'Gema Lela Bimasakti' Nama Putera Bongsu Monoloque, Peminat Puji; "Dahlah Handsome, Nama Pula Unik"
Penyanyi Monoloque akhirnya menyambut kelahiran putera bongsu pertamanya pada Khamis, 23 Disember lalu.
Selepas seminggu merahsiakan khabar gembira itu, Monoloque turut mendedahkan wajah dan berkongsi nama buat anak bongsunya itu.
"Alhamdulillah, dengan kehendak dan izin-Nya, pada tanggal 23 Disember 2021 jam 5.12 petang, kami sekeluarga dianugerahkan kurnia seorang putera, pewaris takhta sekian alam.
"Justeru telah dinobatkan namanya Gema Lela Bimasakti.
"Segala puji kepada-Nya, jutaan terima kasih kepada semua kerabat keluarga, sanak-saudara, rakan, yang telah memanjatkan doa buat kami sekeluarga.
"Tiada yang lebih bererti, buat bondanya atas perjuangan serta kemenangannya bertarung nyawa ini," tulis Monoloque.
Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang memuji kecomelan anak lelakinya itu berserta nama yang klasik, unik dan tersendiri.
"Akhirnya dapat juga anak lelaki, aku pula nak berusaha untuk dapat anak perempuan. Moga ada rezeki.
"A beautiful traditional name from the ancient world. Tahniah Loque dan Dahlia.
"Saya suka baca caption ayat amcam ni, tahniah both of you.
"Bakal pengganti legasi, tahniah Loque.
"Molek kejadiannya, power betul nama tu.
"Semoga ritma dan gaya takkan terpisah dari jiwa dia sebagaimana ayahnya," puji dan doa beberapa pengguna di media sosial.
Menerusi perkongsian hidup bersama isteri, Dahlia Nadirah, pasangan itu telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Anggerik Dang Jelita, 8, Seroja Dewi Harapan, 4, dan Melor Pelangi Merdu, 2 tahun.