Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Gemarkan Hello Kitty? Anda Patut Datang Ke Pameran Terbesar Our Sanrio Times Di Kuala Lumpur Ini

Mya Amri 30/12/2018 | 08:05 MYT
Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah.
Pameran terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu sempena cuti sekolah, Krismas dan Tahun Baru.
Terdapat 13 Zon kenangan dengan 4 sorotan istimewa di pameran tersebut antaranya:
SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970.
Replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui kini dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal.
Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.
Terdapat juga Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.
Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun.
‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.
Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio!
Dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur bertempat di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur bermula 24 November 2018 hingga 17 Februari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!
Tiket-tiket dijual dengan harga RM33 (warganegara Malaysia), RM20 (tiket istimewa untuk OKU dan warga emas) dan RM60 (bukan warganegara).
Untuk pembelian tiket, layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03 9222 8811.
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi www.oursanriotimes.my, Facebbok, Our Sanrio Times Malaysia dan Instagram @oursanriotimes.malaysia.
#Lifestyle #Hello Kitty
;