Laman Utama

Gembira Terima Vaksin COVID-19, Elfira; "Lambat Laun Kena Ambil Juga..."

Asraf Aided
07/05/2021
02:15 MYT
Sponsor Banner
Gembira Terima Vaksin COVID-19, Elfira; "Lambat Laun Kena Ambil Juga..."
Pelakon Elira Loy telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pagi semalam.
Menurut Elfira, proses mendapatkan suntikan itu berjalan dengan lancar dan teratur.
"Alhamdulillah, proses pengambilan vaksin itu berjalan lancar dan teratur, setakat ini, saya sihat dan okay sahaja.
"Jika ada sebarang kesan sampingan pun, ia akan berlaku selepas lima atau sembilan jam," katanya.
Elfira berkata demikian ketika ditemui di majlis kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask di Kuala Lumpur petang semalam.
Tambah Elfira, dia akui takut berjumpa doktor, namun mengetepikan perasaan itu kerana menyedari kepentingan vaksin COVID-19 kepada masyarakat.
"Jujur saya sebenarnya takut berjumpa doktor, tetapi untuk pengambilan vaksin ini, saya teruja kerana lambat laun, kita kena juga mengambilnya.
"Bukanlah saya bangga dah terima vaksin awal, tetapi saya boleh berkongsi pengalaman dan menggalakkan orang lain untuk turut berani menerimanya.
"Orang yang belum pergi dan berasa takut, mungkin mereka belum ada akses kepada orang yang sudah pergi, bagi saya, takut untuk mengambil vaksin ini adalah satu perkara normal.
"Kadang-kadang, bila kita terlampau takut, kita akan cenderung untuk mencari kesan yang buruk, tapi untuk saya sendiri, saya memang fokus pada perkara positif mengenai vaksin COVID-19 sahaja," katanya lagi.
Ditanya mengenai isu lebih seribu warga emas 'ponteng' vaksin di Kelantan baru-baru ini, Elira tidak mahu mengulas lebih.
Elfira akui, vaksin COVID-19 sememangnya memberi kesan berbeza kepada golongan berusia yang berbeza tahap kesihatan berbanding generasi muda.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak ini menasihati orang ramai untuk berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengetahui status kesihatan dan mendapatkan nasihat secara profesional sebelum menerima vaksin tersebut.
"Saya tak boleh cakap lebih sebab saya muda dan tahap kesihatan saya lain.
"Memang ada reaksi berbeza terhadap orang berusia atas faktor kesihatan, jadi sebelum mendapatkan vaksin, kita perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
"Kita sebagai anak harus bantu ibu bapa atau saudara mara yang lebih tua agar mereka lebih faham dan berjumpa doktor sendiri untuk mengetahui tahap kesihatan," jelasnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar