Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Gementar Dengan Amanah Yang Dipikul .." - Indah Ruhaila

Zulaikha Yusof 12/11/2019 | 01:22 MYT
Penyanyi Indah Ruhaila akui selesa berkawan dan bekerjasama dengan bekas peserta Akademi Fantasia 3, Amylea Azizan.
Jelas Indah, Amylea sentiasa beri aura positif kepadanya untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian.
"Saya selesa berkawan dan bekerjasama dengan Amylea. Dia sahabat yang banyak memberikan dorongan dan aura positif.
"Dalam pada itu, saya juga mempunyai perancangan untuk mengeluarkan single terbaru pada bulan depan.
"Berkemungkinan besar saya akan terus bekerjasama dengan Amylea atau Farouk Roman.
"Saya juga akan mengekalkan genre balada, namun ia berbeza dengan Pudar," katanya kepada Gempak.
Pemilik nama sebenar Siti Ruhailah Hussein akui gementar untuk bertanding di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 bagi merebut tempat untuk mara ke Anugerah Juara Lagu.
“Dalam keterujaan, saya sebenarnya gementar kerana amanah terpikul di bahu amat besar. Apatah lagi ia lagu pertama yang dicipta sepenuhnya oleh Amylea.
“Pada masa sama, saya bersyukur kerana Pudar mendapat tempat di hati peminat dan ada yang sudi mengundi lagu ini sejak dipertaruhkan dalam carta Muzik Muzik 34.
“Peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 15 November ini juga pastinya sengit kerana ramai penyanyi bervokal mantap turut bersaing,” katanya lagi.
#Indah Ruhaila #Pudar
;