Hiburan
Gempak Most Wanted Mencari Hos Baharu, Jom Sertai Ujibakat & Ini Kriteria Yang Dicari!
Meraikan ulangtahun kedua, rancangan carta interaktif mingguan memfokuskan segala yang trending, viral & sensasi di semua platform digital, Gempak Most Wanted membuka peluang kepada orang ramai untuk mengemudi program ini.
Kata penerbit Gempak Most Wanted (GMW), Blue Asyraff, pencarian hos baharu ini bakal memberikan suntikan baharu sempena musim akan datang.
"Gempak Most Wanted telah menyambut ulangtahun kedua dan musim ketiga pada September yang lepas.
"Selaras dengan konsep GMW yang mengetengahkan kandungan & personaliti dunia digital, hos baharu GMW ini akan memberi suntikan baharu bagi penghasilan kandungan dan penyampaian GMW pada masa akan datang.
"Hos baharu akan diberi peluang untuk mengendalikan sama ada rancangan mingguan GMW, digital extension GMW dan seterusnya berkemungkinan mengacara di Gempak Most Wanted Awards," katanya.
Individu yang berkeyakinan, kreatif, dan berpengetahuan luas mengenai dunia hiburan serta trend media sosial terkini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada rancangan ini.
Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Peserta mestilah warganegara Malaysia.
- Penyertaan terbuka kepada individu berumur 18 hingga 32 tahun.
- Peserta perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai dunia hiburan tempatan dan trend terkini di media sosial.
Cara penyertaan melibatkan langkah berikut:
- Peserta perlu memuat naik video penyertaan di TikTok atau Instagram. Akaun media sosial peserta mestilah di tetapan awam (public).
- Peserta perlu menandakan @astrogempak di video dan caption, serta menyertakan hashtag #PencarianHosGMW, #HostGempakMostWanted, dan #GempakMostWanted.
- Borang penyertaan perlu dilengkapkan di laman web gempak.com/gempakmostwanted.
Peluang ini memberi peserta ruang untuk menonjolkan bakat pengacaraan mereka di hadapan penonton yang luas dan berpotensi menjadi hos baharu Gempak Most Wanted.