Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Nusantara

Gempak Spot: Jin Pelaris Di Setiu, Terengganu

Mya Amri 30/09/2017 | 14:21 MYT
Minggu ini khas buat tatapan pembaca, Gempak membawakan cerita pendek terbaru untuk segmen #GempakSpot.
Bersempena cuti hujung minggu kali ini, kami paparkan kisah seram pertama berjudul Jin Pelaris Di Setiu, Terengganu
Selamat membaca!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH PEMBACA 1
Tajuk: Jin Pelaris di Setiu, Terengganu
Tempat : Rumah mak mertua
Masa : 4 tahun lepas
Ahli : Keluarga aku
Suspek : Hantu Pelaris
Kejadian ni berlaku pada aku dan keluarga masa dalam perjalanan nak balik kampung mertua aku di Setiu, Terengganu. Kami bertolak pada hari jumaat jam 3 petang lepas solat jumaat dari Kuala Lumpur (KL). Dalam keluarga aku ada mak, ayah, aku, isteri dan anak kecil aku baru setahun. Dari KL ayah aku yang memandu, dia bagi peluang aku rilek dulu sebab nanti masuk Cherating dia cakap tukar driver pula.
Setiba di Cherating aku bertanya kat ayah aku nak tukar driver ke? Tapi kita berhenti makan dulu sebab jam dah pukul 7.30 malam. Ayah aku kata nanti lah kita berhenti kat depan. Aku hanya bagi respon ok. Dari Cherating sampai ke Kerteh aku tengok ayah aku memandu je tak pulak ada tanda-tanda dia nak berhenti makan. Tiba-tiba dia berhenti kat sebuah kedai tepi jalan. Kedai tu terletak di antara Kerteh nak ke Paka. Aku tak berapa ingat lokasi yang sebetulnya.
Kedai nampak usang tapi agak memeranjatkan orang terlampau ramai. Yang datang makan silih berganti mcm pelanggan tak putus-putus datang. Kedai tu sentiasa penuh nak order pun ambil masa. Menu utama yang aku nampak kat signboard tulisan tangan ROTI TEMPAYAN.
Kami sekeluarga pun order tanpa syak apa-apa. Dalam fikiran aku hanya fikir mungkin kedai lain tak buka kot tu sebab orang ramai. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan. Masa ni aku pula yang drive. Elok masuk je dalam kereta anak aku menangis masa tu mak aku yang dokong anak aku ni.
Aku tak syak apa-apa mungkin sebab dia penat kot jalan jauh. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aku perhatikan bila isteri aku ambil anak aku akan menangis tak tahu punca kenapa. Jadi dalam perjalanan tu anak aku cuma duduk dengan mak aku je. Nasib lah mak ayah aku nak ikut aku balik rumah mak mertua aku kalau tak aku pun tak tahu nak buat apa.
Kami sampai di rumah mak mertua aku ngam-ngam pukul 12 tengah malam. Isteri aku turun untuk panggil orang buka pintu dan pergi ke kereta balik untuk ambil anak aku tapi masa tu anak aku masih lagi menangis bila tengok isteri aku. Bila semua orang dah masuk rumah anak aku masih menangis lagi jadi mak aku ambil keputusan dia jaga anak aku malam tu.
Masa aku ambil barang untuk dimasukkan ke dalam bilik aku tengok isteri aku dah ada dalam tu. Aku ni jenis orang yang pakai spec mata. Jadi biasa kalau pakai spec lama-lama mata jadi letih. Aku pun buka spec untuk gosok-gosok mata sebab letih tak semena-mena aku terkaku sekejap lihat wajah isteri aku. Aku tenung melihat tanpa berkelip. Aku rasa lain je muka isteri aku ni. Kenapa jadi putih plain macam pelakon opera cina bila makeup.
Aku tersedar bila isteri aku tegur dan bertanya kenapa pandang dia macam tu? Aku hanya diam dan duduk di sudut katil. sambil berfikir.. mungkin sebab ni kot anak aku takut. Ada benda tumpang rupanya. Aku tidak bagi tahu sesiapa pun dalam rumah tu sebab takut nanti semua orang takut dan terjaga dari tidur.
Aku biarkan saja cuma baca ayat kursi berberapa kali.tapi macam tak jalan je.mungkin aku ni kurang ilmu. Malam tu aku tidur ala kadar takut benda tu buat kacau. Tapi Alhamdulillah sampai pagi tiada apa-apa yang aneh berlaku dalam rumah tu. Aku ingatkan benda yang menumpang tu dah pergi tapi sangkaan aku meleset,mana taknya anak aku masih lagi tak nak kat isteri aku.
Aku baru cakap kat keluarga aku yang aku nampak malam tadi,mungkin sebab tu anak aku tak nak dan menangis bila tengok isteri aku. Mak aku terus baca lah ayat ayat Al-Quran (ayat dan surah mana aku tak pasti) dan minta isteri aku ikut bacaan dia dan lepas tu minta isteri aku pergi mandi air yang telah dia sediakan. Alhamdulillah lepas mandi anak aku terus nak dekat isteri aku.
Kakak ipar aku bawa aku dan isteri pergi rumah pengamal perubatan Islam dan minta orang tu tengok kan kot-kot benda yang tumpang tu ada lagi ke tak tapi Alhamdulillah orang tu cakap benda tu dah pergi dia cuma tumpang aje dan memang tak kacau. Sambil berseloroh benda tu sesat kot.. Ketawa orang tu.
Aku senyum je sambil tu aku usik bini aku ada benda yang berkenan le tu..
Sekian.
*Fiksyen Shasha adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Segala pandangan dan pendapat adalah hasil karya penulis sepenuhnya dan tidak ada kena mengena dengan Gempak.
#GempakSpot #Fiksyen Shasha
;