Laman Utama
#GempakKeliwon: "Mak, Ada Benda Ikut Abang Balik Dari Pantai..."
Aku suka pantai. Siapa je tak suka pantai... tambah-tambah waktu senja. Fuh! Dapat tengok matahri terbenam memang layan habis.
Tapi kisah yang berlaku lima tahun lalu takkan pernah aku lupakan.
Waktu itu cuti hari raya Aidiladha, aku balik kampung dan kebetulan member lama yang pernah kami kenal ketika sama tempat kerja dulu hubungi aku.
"Beb, jom lepak pantai," hujung-hujung dengar suara dia.
Aku iyakan saja. Katanya dah on the way...
Jam dah pukul 5 petang. Aku gegas bersiap dan selang 15 minit Wahidin sampai. Kami pecut ke lokasi dan luangkan masa sepetang sampai tenggelam matahari sebelum kemas barang pulang. Tiada apa-apa yang aneh pun berlaku.. banyak bersembang sampai sedar-sedar dah gelap!
Sedang elok aku sampai rumah, jemaah surau sedang mendirikan solat Maghrib. Aku minta Wahidin hantarkan aku depan jalan besar saja, nak mudahkan dia terus pulang ke rumah.
Apa benda bertenggek?
Tiba-tiba dada aku berdebar-debar. Tak tahu kenapa. Dari jauh nampak samar-samar sosok hitam sedang berjalan ke arah belakang tangki air berhampiran rumah aku. Jiran kot?
Hati masih tak tenang. Aku cepatkan langkah, tiba di tepi tapak rumah lama keluarga aku, ada satu lagi sosok sedang duduk bertenggek, menunduk. Rambut kusut masai, pakaiannya lusuh, seakan-akan warna coklat luntur.
Bau dia nauzubillah busuk!
Langkah makin laju, rasa macam jalan tak pijak tanah. Aku tak fikir apa dah, asalkan sampai rumah dah cukuplah. Sampai saja depan pintu rumah aku tercungap-cungap, hampir rebah dan aku terduduk.
"Mak, ada benda ikut abang balik dari pantai," tutur aku bersambut nafas putus-putus.
Tempat buang saka
Rupa-rupanya cerita mak aku, lokasi kuala pantai yang aku pergi lepak dengan Wahidin itu memang tempat orang hanyutkan 'benda' yang nak dibuang ke laut selepas pisahkan dengan tuan mereka.
Biasanya botol kaca siap menutup menjadi tempat 'benda-benda' itu disimpan untuk dibuang ke laut. Wallahualam...
Mujurlah ia menjelma sekali itu dalam hidup aku. Paranoid betul setiap kali member ajak lepak pantai layan sunset. Nanti, sunset dah hilang benda lain pula nak muncul.