Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GempakKeliwon: Makhluk Bertenggek, Siapakah Dia?

Fiza Kamarudin 18/02/2021 | 14:40 MYT

Kisah benar ini dilalui oleh aku sendiri. Bekerja sehingga lewat malam dan sampai rumah lewat pagi dah macam kebiasaan.

Imbas kembali kisah yang berlaku dua tahun lepas, ketika aku dan seorang kawan pulang dari sebuah acara hiburan (oh ya, kami wartawan hiburan, acara habis lewat malam itu biasa).
Hari itu, entah kenapa aku offer diri ajak Mira pergi ke acara tersebut. Konon-kononnya nak ada teman berbual sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Sepanjang hari itu dari pukul 6 petang sehingga ke 2 pagi semuanya berjalan lancar. Kenapa dua pagi, sebab acara itu habis lewat kerana sidang media dan sesi temuramah. Macam biasalah, tapi kami tak kisah pun sebab itulah kerja kami.
Walaupun penat, tapi fun! Dalam kereta kami berbual seperti biasa. Macam-macam topik yang keluar sampai tak sedar kereta dah sampai depan rumah si Mira ni tadi.
Entah macam mana, sebelum Mira keluar dari kereta, mata aku ni terpandang ke arah beranda rumah (rumah Mira dua tingkat) dan itu adalah bilik Mira.
"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah aku ni berani sangat tapi sebenarnya hampeh! Masa tu Mira dah buat muka cuak, nak-nak lagi masa tu jam tunjuk pukul 3 pagi!
Muka Mira dah macam tak ada darah langsung aku tengok. Tapi mata aku ni memang fokus kat beranda tu. Ya, aku tak silap! Memang aku nampak makhluk tu bertenggek, ngeri! Masa itu hanya tuhan saja tahu perasaan aku ni.
Dada rasa nak pecah, yang Mira pulak tak habis-habis “kau jangan mengada-ngada kak!!!! Aku tak nak pandang, aku tak nak pandang!!!!” Adoi budak ni, mujur tak histeria dalam kereta aku, kang kejap lagi mak dia ingat aku apa-apakan anak gadis dia pulak terjerit-jerit dalam kereta!

Aku bagitahu Mira, "betul, aku nampak ada benda bertenggek depan beranda bilik kau tu! Tengok bulu roma aku semua naik nih!"

"Kau sial lah kak! Aku nak masuk rumah ni, perlu kau nak takutkan aku?"...Allahu aku kena marah!

Dalam pada duk kalut-kalut tu, makhluk bertenggek tu tetap terus bertenggek. Tak bergerak, aku nampak rambut panjang melepasi kaki dia. Jangan tanya fasal rupa dia sebab dah pukul 3 pagi memang tak berapa jelas dan aku memang berdoa dia tak tunjuk paras sebenar! NO!
Cuma aku bersyukur, tak ada la pulak bau wangi ke busuk ke macam dalam drama Melayu tu! Dan…aku bersyukur, makhluk tu tak ikut aku balik rumah…Tapi tak tahu la kalau dia bertenggek atas bumbung kereta aku tak nampak kan?
Oh ya! Terlupa nak cerita pasal si Mira ni tadi. Lepas dia turun dari kereta dia cepat-cepat pegi bukak pintu pagar rumah terketa-ketar aku tengok. Yang pasti, Mira tak pandang aku, tak pandang depan…tapi pandang bawah je sampailah pintu pagar terbuka.
Esoknya aku telefon Mira, dia kata dia tumpang bilik adik dia sebab takut! Lepas peristiwa tu, sampai ke hari ini aku masih berfikir kenapa makhluk tu munculkan diri depan aku? Mungkin aku langgar ‘daerah waktu’ dia? Ye la, time-time macam tu kan memang masa bermain dia? Mungkin juga dia hulurkan salam perkenalan?

#Cerita seram #GempakKeliwon #Khamis Malam Jumaat #Makhluk Bertenggek #Malam Seram
;