Laman Utama

#GempakKeliwon: Simpang Jalan Misteri Di Melaka

Muhammad Ridhwan Roslan
11/07/2023
09:02 MYT
Sponsor Banner
#GempakKeliwon: Simpang Jalan Misteri Di Melaka
Tajuk Cerita: Kisah Perjalanan Yang Tidak Akan Dilupakan Pencerita: @nysaa (bukan nama sebenar)
Sudah menjadi rutin biasa, aku akan bertolak ke kampung pada hujung minggu untuk berjumpa dengan mak dan abah. Selalunya, aku akan mula bertolak selepas habis waktu bekerja. Daripada office, aku akan terus bergegas ke rumah untuk nak mandi dan bersiap sebelum memulakan perjalanan. Dalam kepala, perasaan excited untuk berjumpa dengan mak dan abah dah melemaskan aku daripada benda-benda yang lain.
Sampai je dekat rumah, aku terus bersiap-siap, solat magrhib dan terus capai beg yang dah siap di kemas semalam untuk bergerak. Tepat pukul 8.30 malam, aku pun memulakan perjalanan seorang diri untuk balik ke Melaka.
"Nasib semalam aku sempat isi minyak dan reload kad touch & go" - bisik dalam kepala.
Selepas satu jam setengah memandu, akhirnya aku sampai ke kawasan Melaka. Keadaan jalan agak lengang dengan hanya beberapa kereta je yang lalu dari arah bertentangan mahupun menghala ke jalan yang sama di samping hujan renyai turun menemani aku.
Cuaca makin gelap dan aku pun makin mengantuk. Ye lah, dah kita dah drive sorang kan. Hanya larat menyanyi je lah untuk hilangkan ngantuk.
Makin aku drive, makin aku rasa lagi jauh untuk nak sampai ke kampung. Jalan yang aku lalu hanyalah jalan yang sama setiap kali aku balik. Tak ada jalan baru, tak ada shortcut. Tapi perasaan aku makin lama makin terasa hanyut dengan jauhnya nak sampai. Kenapa ni?
Setelah setengah jam memandu, aku masih lagi rasa pelik sebab tak sampai-sampai. Kali ni, aku dah mula rasa tak sedap hati. Macam ada yang tak kena.
"Ni pelik ni. Kalau ikutkan, aku patut dah nak sampai dah. Bukan rasa macam jauh"
Aku cuba untuk maintain positive dan secara automatik mulut pun bergerak membaca ayat-ayat suci. Makin jauh aku bergerak, makin gelap pemandangan yang aku nampak.
Tiba-tiba ..........
Aku terasa ada angin sejuk melalui badan aku dari kanan ke kiri tingkap kereta. Badan aku mula menggigil dan berpeluh. Tangan dan kaki aku mula rasa sejuk.
Hati makin lama makin tak sedap. Aku pandang ke kanan jalan dan aku ternampak ada sebuah simpang yang aku yakin tak pernah ada sebelum ni.
"Eh. bila pulak ada simpang keluar dekat sini. Aku tak pernah perasan pun ada. Baru buat ke? Tapi kenapa tak ada sign board ke mana pun. Dah kenapa waze suruh ikut jalan."
Aku tanpa berfikir panjang, terus masuk ke ke simpang yang aku sendiri tak yakin penghujung dia.
Sepanjang perjalanan, kiri dan kanan aku complete black! Tak ada langsung lampu jalan yang menemani ataupun lampu daripada rumah-rumah yang berdekatan. Dalam waktu ini, aku cuba tanam perasaan se-positif yang aku boleh.
Dalam kepala, aku nak habiskan jalan ni secepat mungkin. "Tolong lah sampai ke jalan yang setidak-tidaknya ada lampu".
Makin lama aku lalu jalan, makin tak sedap hati dibuatnya. Aku cuba untuk tak berfikir yang bukan-bukan dan terus membaca ayat suci Al-Quran sambil cuba untuk nak keluar daripada keadaan ni.
Selepas 30 minit, aku akhirnya berjaya nampak lampu-lampu rumah yang cukup buatkan aku lega walaupun tak keluar lagi daripada kawasan gelap ni.
Dan akhirnya aku berjaya sampai ke kawasan yang aku familiar untuk bawak aku sampai ke kampung. Menangis aku keseorangan dalam kereta bila aku nampak kawasan dan jalan yang aku kenal.
Itulah pengalaman yang aku tak boleh lupa sampai ke hari ini. Betul-betul takut min kalau kita terpaksa bergantung pada kekuatan diri semata-mata untuk hilangkan rasa takut tu. Aku harap aku tak kena lagi melalui pengalaman yang macam tu.
Sampai ke hari ini, aku masih lagi tak jumpa jalan yang aku lalu malam tu.
Sekian min. Terima Kasih.

Jom share dengan min cerita-cerita hantu atau pengalaman seram korang di bawah sekarang!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar