Hiburan

#GempakKStar: Oh!K Is Turning 5! Jom Sambut Dengan Maraton Enam Drama & Program Korea Terbaik Ini

Mya Amri
03/09/2019
14:14 MYT
Sponsor Banner
#GempakKStar: Oh!K Is Turning 5! Jom Sambut Dengan Maraton Enam Drama & Program Korea Terbaik Ini
Sempena menyambut ulang tahun kelima, saluran hiburan Korea kegemaran ramai Oh!K bakal menyajikan enam drama dan program variati Korea.
Antara pelakon-pelakon popular yang menjayakan drama dan program variasi tersebut adalah Gong Yoo, Lee Dong Wook, So Ji Sub, Yoo Seung Hoo, Sung Hoon dan ramai lagi.
Menariknya, rancangan tersebut boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104 / HD 123), Astro Prima (saluran 105/ HD 121) dan Hello (saluran 110) selepas Oh!K menjalankan kerjasama dengan saluran berkenaan.
Blok berjenama Oh!K ‘Pop & Watch’ ini akan disiarkan bermula 21 September hingga 20 Oktober 2019.
Berikut merupakan senarai enam drama dan program Korea yang menjadi pilihan Oh!K:
I Am Not A Robot
Kim Min Gyu (Yoo Seung Ho) merupakan pemegang saham terbesar firma kewangan domestik terkenal, KM Financial. Walaupun kaya-raya namun dia tinggal dalam keadaan terasing dan tidak dapat bertemu janji dengan mana-mana gadis kerana mengadapi penyakit alahan dengan manusia.
Syarikat KM Finacial kemudiannya mencipta robot manusia bernama Aji 3 yang menyerupai bekas teman wanita Min Gyu, Jo Ji Ah (Chae Soo Bin). Untuk mengelakkan robot tersebut disalahgunakan oleh pelabur asing, robot itu telah dihantar ke rumah Min Gyu untuk disimpan.
Bagaimanapun, badan robot itu rosak secara tidak sengaja sebelum ia sampai, dan Ji Ah diminta untuk menyamar sebagai robot, sementara yang kedua sedang diperbaiki.
Ditayangkan bermula 9 - 30 September, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5-6:30 pm di Astro Ria (104) Ria HD (123).
GOBLIN
Goblin adalah cerita fantasi yang mengisahkan tentang goblin moden tampan berusia 100 tahun, Kim Shin (Gong Yoo) bersama malaikat maut yang menyedihkan (Lee Dong Wook).
Untuk mengakhiri kehidupan abadinya, goblin haruslah mencari seorang pengantin manusia. Kehidupannya mula berubah selepas menemui seorang gadis bernama Ji Eun Tak (Kim Go Eun) yag membuatkan dirinya jatuh cinta sehingga mahu hidup bersamanya.
Bagaimanapun, Eun Tak merupakan antara nama yang berada dalam senarai malaikat maut tersebut.
Ditayangkan bermula 1 - 22 Oktober, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5-7 pm di Astro Ria (104) Ria HD (123).
I Live Alone Siri variati yang memaparkan gambaran realistik tentang cara hidup selebriti yang tinggal bersendirian. Selain itu, I Live Alone juga menjadi semakin popular dan mempunyai pengikutnya tersendiri selepas berjaya menonjolkan kehidupan realiti selebriti.
Ditayangkan bermula 22 September – 20 Oktober, setiap Ahad, jam 5-7 pm di Astro Ria (104) Ria HD (123).
Ditayangkan juga pada 23 September – 18 Oktober, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.30 pm – 2.15 pm di Hello (110).
My Secret, Terrius
Go Ae Rin (Jung In Sun) mula mencari pekerjaan untuk meneruskan hidup selepas suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba.
Bagaimanapun tanpa pengetahuannya, lelaki mister yang tinggal berjiran dengannya Kim Bon (So Ji Sub) merupakan seorang legenda dalam ejen Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan yang juga kehilangan orang tersayang selepas gagal dalam satu misi tertentu.
Selepas bertemu, kedua-duanya kemudiannya bergabung untuk membongkar konspirasi besar di mana suami Ae Rin telah menjadi saksi kejadian itu sehingga mengancam nyawanya.
Ditayangkan bermula 23 September – 14 Oktober, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1.30-3 pm di Astro Prima (105) Prima HD (121).
Love Me Actually The Love Me Actually Club mengisahkan tentang lima orang lelaki yang menawan dan berbeza watak iaitu komikal Heo Kyeong Hwan, usahawan perniagaan yang bijak Park Sung Kwang, penyanyi rap kumpulan K-pop INFINITE Dong Woo, penyanyi yang sentiasa tersenyum Yang Se Chan dan yang paling muda, pelakon terkenal Kim Min Kyu yang masih dalam misi mencari cinta.
Kelima lelaki itu bertemu janji dengan wanita yang menyertai satu kelab dengan tujuan untuk melarikan diri daripada kehidupan mereka yang membosankan.
Ditayangkan bermula 21 September – 13 Oktober, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9-11 pm di Astro Prima (105) Prima HD (121).
Time Dilahirkan dalam keluarga yang kaya, Cheon Soo Ho (Kim Jung Hyun) telah menjalani hidupnya tanpa arah. Dia kemudiannya menyedari hanya mempunyai masa selama enam bulan untuk hidup sebelum terlibat dengan kejadian pembunuhan.
Namun dia terlepas daripada tuduhan tersebut kerana kekayaan dan kuasa yang dimiliki oleh bapanya. Bagaimanapun selepas melihat kakak kakak mangsa Seol Ji Hyun (Seo Hyun) yang hidup dalam kesedihan dan murung selepas kehilangan ahli keluarga, dia mula dihimpit rasa bersalah.
Ditayangkan bermula 3 September – 28 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10-10.45 pm di Hello (110).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar