Hiburan

#GempakMemilih2020: Sherry Alhadad, Tentang Air Mata, Putus Asa & Cinta

Amri Hassan
29/12/2020
12:35 MYT
Sponsor Banner
#GempakMemilih2020: Sherry Alhadad, Tentang Air Mata, Putus Asa & Cinta
Sherry Alhadad, bukan nama baharu dalam industri seni tempatan.
Adanya empunya nama Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad itu sudah lebih sedekad. Berkelana dalam dunia lakonan dan kini lebih fokus pengacaraan hingga usahanya itu benar-benar diiktiraf tahun ini.
Sherry, 36, diajak berbicara. Tentang pintu hati, air mata dan perjuangan dunia seninya.
Ikuti temubual Gempak bersama Sherry sempena Gempak Memilih 2020.
Gempak: 2020, tahun yang menjadi ekspektasi besar dunia dan setiap individu. Bagaimana Sherry melihat graf karier dan kehidupan peribadi sepanjang tahun ini? Sherry: Perjalanan hidup ada awal tahun sangat baik, ketika itu saya baru habis Big Stage kemudian mendapat tawaran berlakon dan mengacarakan Dansa Dansing. Allah dah rancang baik, pada bulan Mac ada pula pandemik COVID 19 dan saya percaya masing-masing keliru, celaru, tak tahu apa nak buat apa. Dalam tempoh itu rezeki masih ada, siaran langsung tetap berjalan dan ada program baharu. Cuma apabila melihat kawan-kawan yang struggle itu menyentuh hati. Untuk saya perjalanan masih baik.
G: Selepas sekian lama dalam industri, baru tahun ini bakat Sherry sebagai pengacara diiktiraf. Apa komen Sherry? S: Saya baru mula sebagai pengacara pada 2014, bila diberikan penghargaan saya rasa teruja sebab selama ini saya merendah diri kerana anggapan saya orang tak boleh terima kerana luaran dan rupa paras. Tapi saya tolak itu semua, saya tak nak meraih simpati meletakkan diri saya sebagai mangsa. Bila diiktiraf saya gembira sebab orang percaya bakat pengacaraan saya. Kalau ikutkan, tak ada niat nak dapat jolokan tertentu... Saya buat kerana ini minat saya dan saya suka.
G: Apa motivasi Sherry dalam hidup dan karier? S: Saya mula dengan teater, saya berpegang pada kata-kata guru-guru saya. Jadikan kekurangan sebagai satu kelebihan, jangan jadikan diri mangsa. Kata guru-guru saya lagi, hidup ini berkumpulan bukan secara individu. Saya berjaya kerana orang di sekeliling saya. Ikutlah resmi padi makin berisi makin menunduk dan terakhir, sedar diri sedar ruang sedar masa, sedar segala-galanya. Paling penting, disiplin!
G: Sherry juga antara artis bebas kontroversi, bagaimanakah Sherry mengawal perkara itu agar tidak menjerat diri? S: Sebab saya tak ada boyfriend! Saya masuk industri untuk kerja, orang pun tak nak tahu kehidupan peribadi saya. Cita-cita saya jadi pelakon, bezanya orang tengok dan kenal. Saya anggap ini pekerjaan, untuk ada cerita remeh temeh ini tak perlu pun...
Di media sosial, saya tunjuk juga keluarga dan kawan-kawan. Cuma mungkin saya bukan jenis kena ambil tahu hal dan beri pendapat tentang apa berlaku. Saya jenis reserved, tapi kalau salah saya beritahu. Cuma saya bukan orang yang loud.
G: Jika diberikan peluang untuk undur balik masa, apakah perkara yang Sherry akan ubah pada 5 tahun sebelum ini? S: Tak ada benda yang saya nak ubah, pada saya apa yang saya lalui itu membuatkan saya sekarang. Salah atau baik. Perkara jahat atau baik itu proses pengajaran dalam hidup saya. Mungkin lebih bijak mengumpul wang, jangan boros sangat.
G: Bagaimana pula rencana karier Sherry pada tahun 2021 nanti? S: Dulu masa tingkatan 5, kawan-kawan selalu tanya; tahun 2020 nak buat apa? Mestilah saya dah kahwin, ada anak 3 orang, suami kerja kerajaan ada rumah dan kereta. Sekarang dah nak masuk 2021! Sebagai anak bongsu saya tak suka fikir tanggungjawab dan easy going. Cuma pada tahun hadapan saya nak lebih bertanggungjawab dengan diri dan keluarga. Dah tiba masanya saya berbakti pada masyarakat, hidup ini bukan sekadar kita meraikan kejayaan tetapi berkongsi dengan orang lain.
Antara benda nak buat saya nak buat teater in education dan kumpulkan wanita di luar sana yang ada masalah keyakinan diri.
G: Bicara tentang hati, takkan tak ada lelaki yang mendekati Sherry? S: Scammer adalah! Mestilah kita nak pilih yang 'elok'. Maksudnya yang boleh menjaga kita, faham kerja kita. Cuma belum terjumpa lagi, nak main Tinder takut.
G: Apakah ciri-ciri lelaki idaman Sherry? S: Memahami, kelakar dan baik hati. Tak ada permintaan tinggi-tinggi pun. Saya easy going, tak payah nak cerita up up! Kalau dapat lelaki boleh berborak, Alhamdulillah. Keluarga pun tak pernah tanya, tiga kakak dah kahwin. Bila saya belum kahwin, sayalah tempat saya melayan dia. Jadi, bagi saya mungkin Allah kata belum rezeki brkahwin tapi rezeki berbakti pada keluarga.
G: Orang selalu nampak Sherry happy go lucky je, bila masanya Sherry menangis? S: Saya dengan keluarga sangat manja. Kalau mak tegur sikit je saya nangis. Kedua saya tak boleh tengok orang tua berniaga atau berjalan kaki malah ke rumah orang tua-tua sekalipun. Ketiga saya menangis bila terlalu penat kerja. Keempat selalu nangis dalam kereta, tiba-tiba. Mungkin sebab saya selalu bawa watak hiburkan orang, bila saya sendiri saya lonely. Dalam kereta itu tempat sesi luahan tak kisah apapun. Masa itulah pasang lagu sedih, lagu Anuar Zain... nangis.
G: Apabila Sherry dilihat antara artis paling menyerlah tahun ini, apa komen Sherry? S: Sebab itu saya selalu cakap be your self, bammm! Saya mula dari bawah, tak senang nak masuk industri. Bila orang percaya saya kena pegang janji itu. Antara tulang belakang saya Sherrylicious FC. Mereka selalu bagi semangat pada saya, tapi saya selalu pesan pada diri sendiri jangan jadi fake. Kadang-kadang saya macam YB (Yang Berhormat) sebab ramah, boleh tegur orang walaupun tak kenal.
G: Apakah perkara paling manis yang dilakukan Sherrylicious FC untuk Sherry? S: ABPBH baru-baru ini, sebab itu undian peminat. Saya selalu cakap kita biarkan orang ikhlas undi kita. Bila menang, mereka kata itulah hadiah mereka untuk saya. Mereka tak ramai tapi usaha itu luar biasa... Saya menangis sebab perjalanan saya susah sebelum ini. Orang kutuk, benci saya... Saya kena marah, make up artis tak nak solek saya. Sampaikan terdetik; Ya Allah apalah dosa aku untuk dapat kutukan sebanyak ini?
Kita bersusah, bila menang itu rasa berbaloi dengan apa yang saya buat selama ini, akhirnya orang boleh terima dah... Orang hargai bakat kita, sampai mereka lupa tentang luaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar