Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GempakSihat: Lewat Dapat Rawatan Kerana Sangka Santau? Ini Rupanya Gejala Demam Selepas Magrib...

Syafiqah Jalal 11/09/2023 | 11:36 MYT

Sejak akhir-akhir ini banyak cerita dan kisah tentang sihir dan santau didengari dan berlaku di kalangan masyarakat.

Antara tanda-tanda yang dekat dengan sihir atau santau adalah muntah darah dan sebagainya. Namun sejauh manakah tanda itu benar menunjukkan anda disihir bukan gangguan kesihatan?

Public Health Malaysia memaklumkan sudah banyak kes yang lewat mendapat rawatan kerana sangka mereka telah disihir atau disantau.

Gejala tibi memang tipikal gejala santau kerana individu akan batuk teruk sehingga berdarah.

Bukan itu sahaja tandanya seperti waktu siang mungkin sihat seperti biasa, tetapi gejala demam mula muncul selepas maghrib.

Selain itu Tibi juga menyebabkan berat badan akan turun sedara mendadak dan selera makan juga tiada.

Justeru, Public Health Malaysia menyarankan supaya, jika anda batuk lebih dua minggu atau ada gejala seperti di santau dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu.

Sumber: Public Health Malaysia

#Demam #Santau #Tibi #Magrib
;