Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GempakSihat: Tidur Dalam Aircond-  Punca Selalu Sakit Kepala, Badan Lemah? Doktor Ini Dedah Cara Yang Betul

Syafiqah Jalal 12/07/2023 | 06:37 MYT
Zaman kini boleh dikatakan hampir setiap kediaman memasang sekurang-kurangnya satu pendingin hawa, untuk memastikan suasana menjadi lebih nyaman terutama dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.
Namun, tahukah anda di samping ada kebaikan, memasang pendingin hawa masih ada kesan buruk pada tubuh badan kita secara tak langsung?
Seorang pengamal perubatan mendedahkan pendingin hawa boleh menjadi punca seseorang itu sering sakit kepala dan lemah badan.
Pengamal perubatan, Dr Hafiz Sulaiman berkongsi kesan pada tubuh badan manusia jika tidur di dalam pendingin hawa terbuka dengan bilik tertutup rapat iaitu dikaitkan dengan Sick Building Syndrome.

Mengapa Bahaya Pasang Aircond Dalam Bilik Tertutup?

#1 Jangan tidur bilik tertutup rapat. Lama dah saya duk hairan dulu-dulu..Kenapa bila bangun tidur waktu pagi. Sakit kepala..badan lemah, kulit dan tekak jadi kering. Moody dan blurr je selalu. Ramai orang buat macam ni..tutup pintu dan tingkap rapat..biasanya bila kita tido dalam aircond. Memang syok tido tapi awas kesannya ya..
#2 Kondisi ni dikaitkan dengan "Sick Building Syndrome". Orang kerja pejabat pun boleh dapat masalah sama. Sebenarnya split aircond yang biasa kita guna kat rumah tu memang tak circulate udara masuk keluar dalam bilik tertutup. Air purifier pun cuma bersihkan udara, paras udara masih sama..
#3 Ujikaji oleh syarikat Smart Air Filter ke atas bilik office dijalankan untuk uji paras oksigen dan karbon dioksida. Bilik ditutup rapat diisi padat 7 orang. Keputusannya, oksigen kurang hanya 0.3% saja daripada 21% oksigen di udara...Tapi yang mengejutkan ialah paras karbon dioksida meningkat 0.08% kepada 0.35%. Hampir 3 kali ganda! Perlu kita sedar, karbon dioksida di udara hanya 4% saja..Jadi kesan kepada kesihatan mungkin signifikan
#4 Karbon dioksida ni boleh rendahkan kognitif dan kesedaran. Tu yang jadi blurr dan moody lama-lama duk berakar dalam office tertutup.

Cara Selamat Guna Aircond Waktu Tidur

#1 Bila tidur dalam bilik aircond, memang tak logik buka tingkap dan pintu luas-luas. Buka aircond untuk sejukkan bilik. Kemudian bila nak tido, buka tingkap dan guna kipas saja. Lepas tengah malam, udara luar biasanya sejukkk.
#2 Jika kena tido dalam aircond juga sampai pagi.. Bukan sikit celahan pintu atau tingkap sudah mencukupi. At least ada lah pengedaran udara.
#3 Duduk office tertutup dalam sejam sekali pergilah ke tingkap ambik udara. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Teknik ni mengurangkan stres dan tambahkan oksigen supaya kita jadi segar dan sihat.
Pesannya lagi tidur kualiti ni penting. Badan perlu rehat untuk pulih dari stres bekerja seharian. Badan kita juga nak repair mana rosak. Bukak celahan tingkap sikit mungkin cegah daripada penyakit
;