Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GempakSpot: (FOTO) Hotel Del Luna Is Real Guys! Hotel Mewah Ini Simpan Mayat & Boleh Tidur Dengan Harga RM30 Ribu Satu Malam

Maliah Surip 08/08/2021 | 13:45 MYT
Siapa kata 'hotel hantu' Hotel Del Luna yang dicipta dari siri popular Korae Selatan, Hotel Del Luna yang menyediakan perkhidmatan menyimpan mayat dan penginapan mewah yang bukan kaleng kaleng tidak wujud?
Buktinya, sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Grand Heaven yang dibangunkan di atas dua hektar tanah di Surabaya ini umpama gambaran sebenar Hotel Del Luna.
Menerusi laporan Akurat, hotel dengan senibina bangunan yang cukup indah dan mewah berkonsepkan neo klasik ini kini menjadi pilihan golongan kaya untuk memberi jenazah ahli keluarga mereka beristirehat.
Berikut antara fakta mengenai Hotel Grand Heaven, Surabaya, Jawa Timur ini.
Ada di Jakarta & Surabaya
Grand Heaven adalah sebuah rumah duka mewah (dalam bahasa Indonesia) atau hotel jenazah yang didirikan oleh PT Tata Bumi Raya. Selain Surabaya, hotel ini juga dibangunkan di Jakarta. Namun hotel termewah dengan fasiliti paling lengkap dikatakan berada di Jalan Raya Taman, Ketegan, Taman, Sidoarjo, Jawa Timur.
Ada 60 Buah Bilik Mayat
Di dalam ‘hotel jenazah’ yang berada di bawah PT Surga Pelangi ini terdapat 60 bilik mayat yang dibahagi ke dalam tiga kategori iaitu President Suite Room, VVIP Room, dan Suite Room.
Selain itu ada juga ruangan sebagai tempat penyimpanan abu jenazah atau Heaven Colombarium.
Sebuah ruangan khas dijadikan sebagai tempat pemakaman paling nyaman di Grand Heaven dengan nama Heaven Memorial Park yang memiliki konsep seperti pergunungan Guilin di China turut disediakan dalam hotel ini.
Ada Pakej Bronze Hingga Titanium
Menyediakan perkhidmatan mengikut pakej yang telah diberikan kepada beberapa kategori bermula Pakej Bronze sehingga Titanium.
Pakej Bronze dimulai dengan harga sekitar RM8,000. Pakej Silver sekitar RM10,000 dan pakej Gold bernilai sekitar RM12,000. Untuk pakej platinum, jumlah yang perlu disediakan adalah sekitar RM17,000 sementara RM21,000 untuk pakej Titanium.
Untuk pakej Titanium, keluarga si mati akan mendapat peti mayat, tiga hari bilik atau ruang memberi penghormatan kepada jenazah serta pelbagai perkhidmatan lainnya.
Ada RM30 Ribu, Boleh Tidur
Selain menjadi rumah persinggahan 'para jenazah', hotel ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan yang sangat lumayan.
Dengan memiliki sejumlah fasiliti seperti lounge, kafeteria, bilik dengan taraf lima bintang, keluarga yang menginap di hotel ini perlu membayar sehingga RM30,000 untuk bermalam di sini.
Malah untuk keluarga Muslim, disediakan surau yang dipanggil Al Jannah.
Kredit Foto: Heaven.co.id
#Indonesia #Surabaya #Mewah #Hotel Del Luna #Mayat #Hotel Grand Heaven
;