Hiburan
#GempakSpotlight : 'Classy & Fabulous'...Ini Lima Lokasi Percutian Mewah Di Seluruh Dunia
Sebut sahaja tentang percutian, sudah tentu ramai yang gemarkannya! Mengembara ke seluruh dunia mampu membuka mata dan minda untuk mendapatkan inspirasi dalam kehidupan.
Ruangan Gempak Spotlight kembali minggu ini untuk membincangkan topik yang agak berbeza berbanding sebelum ini.
Jika sebelum ini anda membaca mengenai rentak hidup mewah sosialit tempatan, kali ini, Gempak tampilkan lima lokasi percutian mewah di seluruh dunia.
Paris
Siapa sahaja yang tidak menyukai atau mengimpikan percutian di 'kota cinta' ini. Selain terkenal dengan simbol percintaan, Paris juga mampu menyajikan pelbagai perkara yang anda mahukan.
Bayangkan anda lari dari kesibukan kerja untuk menikmati minum petang di L'Avenue selepas membeli belah di butik Chanel dan Louis Vuitton. Fabulous!
Dubai
Kota yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini sangat terkenal dengan kemewahan. Di kota ini, anda tidak perlu rungsing untuk mencari wangian mewah mahupun persalinan bertaraf selebriti Hollywood, segalanya tersedia di pusat beli belah mereka!
London
Kota London juga terkenal dengan lokasi beli belah menarik selain seni bina bangunan yang menarik. Antara lokasi yang sering dikunjungi untuk membeli belah di kota ini adalah Harrod's, Selfridges, dan banyak lagi.
Selain membeli belah, LouLou's at 5 Hertford Street pula sesuai kepada anda yang ingin berhibur di waktu malam. Restoran dan bar ini juga sering dikunjungi oleh beberapa sosialit Malaysia ketika berkunjung ke London. Well, they have a good taste!
Maldives
Dari kesibukan kota, mari kita lari ke tiupan bayu di persisiran pantai. Kepulauan Maldives sememangnya terkenal sebagai lokasi percutian yang mendamaikan.
Di Maldives, anda dapat menikmati hotel yang dibina di atas mahupun di dalam laut. Selain itu, Maldives juga sesuai dijadikan lokasi berbulan madu bersama pasangan anda!
Los Angeles
Papan tanda Hollywood seakan memanggil anda? Terbang sahaja ke Los Angeles untuk menikmati percutian moden dan glamour di sana.
Di Los Angeles, anda boleh membeli belah di Rodeo Drive ataupun menikmati penginapan mewah di Beverly Hills Hotel. Selain itu, untuk 'mood' yang sedikit santai, pergi sahaja ke pantai Venice atau Malibu bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Demikianlah lima lokasi percutian mewah yang disenaraikan secara ringkas oleh Gempak.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight pada minggu hadapan? Nantikan!