Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Penampilan Lima Selebriti Malaysia Di Minggu Fesyen New York 2019

Asraf Aided
12/09/2019
09:14 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpotlight : Penampilan Lima Selebriti Malaysia Di Minggu Fesyen New York 2019
Minggu Fesyen New York 2019 (NYFW2019) kini sedang berlangsung di kota kegemaran ramai itu.
Acara fesyen tersebut telah bermula pada 6 September lalu dan bakal berakhir 14 September ini.
Sebut sahaja minggu fesyen, sudah tentu ramai selebriti, sosialit dan pencita fesyen tampil memukau dengan gaya masing-masing sekaligus mewarnakan lagi acara tersebut.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima selebriti popular Malaysia yang yang tampil bergaya di NYFW2019.
Neelofa
Neelofa bukan sahaja berjaya dalam industri hiburan tempatan, malah turut berpengaruh dalam arena fesyen antarabangsa.
Ini bukan kali pertama hos dan pelakon berbakat ini menghadiri acara fesyen di luar negara. Antara pertunjukkan yang dihadiri Neelofa di NYFW2019 adalah Tommy Hilfiger, Tory Burch, Michael Kors dan Longchamp.
Nur Fazura
Aktres jelita ini turut berada di kota New York untuk menghadiri pertunjukkan dari jenama Coach.
Seperti biasa, Fazura tidak gagal untuk kelihatan bergaya dan elegan ketika menghadiri acara sebegitu. Isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga sempat merakamkan foto bersama ketua pengarang majalah Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour untuk perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Scha Alyahya
Aktres popular ini juga tak pernah kalah bergaya! Citarasa tinggi Scha sentiasa membuatkan dirinya kelihatan 'chic' dan elegan tanpa terlalu mencuba.
Antara pertunjukkan yang telah dihadirinya adalah Tory Burch . Selain itu, Scha juga telah menghadiri satu majlis makan malam anjuran pereka fesyen Michael Kors.
Yuna
'Our Malaysian Turban Girl!'. Kemunculan Yuna di kota New York bukanlah satu perkara baru memandangkan kerjayanya juga turut berkembang di Amerika Syarikat.
Yuna telah menghadiri lebih kurang lapan pertunjukkan di NYFW tahun ini. Antara jenama yang telah mengundangnya adalah Prabal Gurung, Jonathan Cohen, Alice and Olivia, Carolina Herrera dan banyak lagi.
Joe Flizzow
Rapper dan usahawan terkenal ini juga membuat penampilan di pertunjukkan jenama Coach. Joe Flizzow telah berkongsi foto menarik sekitar pertunjukkan tersebut dan beberapa foto di kota New York menerusi akaun Instagram miliknya.
Selain itu, Joe turut merakamkan foto kenangan bersama Anna Wintour di pertujukkan Coach Spring Summer 2020 itu.
Demikianlah lima selebriti tempatan yang menghadiri NYFW 2019 pilihan Gempak. Antara selebriti lain yang turut berada di New York ketika ini adalah Awal Ashaari, Fattah Amin, dan Farah Nabilah.
Farah Nabilah turut menghadiri beberapa pertunjukkan seperti Jason Wu, Cong Tri dan Michael Kors sebagai salah satu kerjasamanya bersama jenama kosmetik Maybelline Malaysia.
Topik apakah yang bakal dibincangkan dalam ruangan Gempak Spotlight selepas ini? Nantikan!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar