Gaya Hidup

#GempakSpotlight : Senarai Adik-Beradik 'Rich & Famous' Di Malaysia

Asraf Aided
19/07/2019
13:28 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpotlight : Senarai Adik-Beradik 'Rich & Famous' Di Malaysia
Ikatan kekeluargaan merupakan aspek penting sebagai sistem sokongan bagi seseorang individu dalam kehidupan.
Ibu bapa dan adik-beradik merupakan insan yang banyak bersama kita ketika susah senang mengharungi pelbagai cabaran. Walaupun kadang-kadang berlaku pertelagahan, namun air dicincang tak akan putus.
Kali ini, ruangan Gempak Spotlight menampilkan lima adik-beradik yang bukan sahaja berprofil tinggi, malah turut melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.
The Nasimuddin Siblings
Dari kiri : Faisal, Nasarudin, Marion Caunter, Puan Sri Zaleha Ismail, Diana, Faliq, Nadia & Hamzah Alang
Tentu ramai yang mengenali adik-beradik popular yang sukses dalam perniagaan ini. Anak-anak kepada pengasas syarikat Naza Group, Allahyarham Tan Sri Dato' Sri Utama SM Nasimuddin ini layak dilabel sebagai 'business mogul'!
Adik beradik ini terdiri daripada SM Faisal Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin, SM Nasarudin Nasimuddin, SM Faliq Nasimuddin dan Nur Nadia Nasimuddin.
Ibrahim Sisters
Dari kiri : Zaida, Zaira & Zaireen
Sebut sahaja nama Zaida, Zaira dan Zaireen Ibrahim, sudah tentu ramai kelompok sosialit kota mengenali mereka. Tiga adik beradik ini sangat dikenali dengan gaya fesyen yang minimalis namun masih memercikkan aura kemewahan pada diri mereka.
Selain itu, tiga wanita ini turut berteman rapat dengan usahawan Yiulin, Nina Ismail Sabri dan beberapa sosialit lain.
Neelofa & Adik-Beradiknya
Neelofa bersama Athisha
Dari kiri : Ameera, Neelofa & Nabila
Selebriti popular, Neelofa sangat terkenal dengan usaha kerasnya membina kejayaan dalam empayar perniagaan, begitu juga dengan adik- beradiknya.
Antara adik-beradiknya yang dikenali ramai adalah Noor Nabila, Athisha dan Ameera Khan. Nabila merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat jenama tudung Naelofar Hijab atau NH Prima International Sdn. Bhd.
Athisha merupakan seorang Youtuber manakala Ameera mengusahakan jenama kosmetiknya sendiri iaitu LMK Cosmetics.
Billionaire Sisters
Elly & Oya ketika bercuti di luar negara
Adik-beradik Norhaili dan Norazlin Mokhtar merupakan dua wanita yang sangat berjaya dalam perniagaan. Norhaili atau Elly merupakan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Ebwarriors manakala Norazlin atau mesra disapa Oya adalah pengasas perusahaan Champion Supremacy.
The Saufi Sisters
Dari kiri : Habsah, Magie
Dua dari kiri : Mariam bersebelahan Tom (tiga dari kiri) dalam sebuah majlis bersama Sultanah Hajjah Kalsom.
Akhir sekali, meskipun sudah berusia, namun Tom, Magie, Habsah dan Mariam Saufi harus berada dalam senarai ini. Mereka sangat dikenali dalam kelompok sosialit di Kuala Lumpur sejak sekian lama.
Siapa sahaja yang tidak tahu jenama Tom Abang Saufi yang dipopularkan mereka. Citarasa adik beradik ini dalam berpakaian tidak boleh disangkal, mereka sentiasa kelihatan elegan dan ensentrik.
Antara teman rapat mereka adalah Ezurin Khyra, Datin Raha Aboo, penyanyi Camelia dan ramai lagi.
Demikianlah lima adik beradik terkenal di Malaysia yang dipilih secara rawak oleh Gempak.
Imej kejayaan dan pesona diri mereka mampu memberi inspirasi kepada kita semua, akhir kata, they are definitely the siblings of rich & famous!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar