Laman Utama

#GempakTop2020: 10 Selebriti Melahirkan Cahaya Mata, Nur Fatima Aisya & Arwa Malaikha Urwa Antara Yang Mencuri Tumpuan

Azwa Rahman
20/12/2020
09:50 MYT
Sponsor Banner
#GempakTop2020: 10 Selebriti Melahirkan Cahaya Mata, Nur Fatima Aisya & Arwa Malaikha Urwa Antara Yang Mencuri Tumpuan
Tahun 2020 menyaksikan ramai selebriti tempatan dan antarabangsa memperoleh cahaya mata bersama pasangan masing-masing.
Biar pun baru mendirikan rumah tangga ataupun sudah lama bahagia bersama, cahaya mata baru ini ibarat penyeri dan pengikat kasih sayang sesama keluarga.
Gempak senaraikan 10 cahaya mata selebriti yang lahir pada tahun 2020.
#1 Nur Fatima Aisya (Nur Fazura & Fattah Amin)
Pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin menerima kehadiran puteri sulung pada 2 Oktober 2020 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Mengumumkan berita gembira itu menerusi laman Instagram bersama sekeping foto jari bayi, pasangan ini masih belum mendedahkan wajah Nur Fatima kepada umum.
#2 Arwa Malaikha Urwa (Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana)
Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Aziz lahir pada 5 Jun 2020 pada pukul 2.22 pagi secara normal selepas 16 jam Ardell berada di dalam bilik bersalin.
Kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini menjadi pengikat kasih bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.
#3 Irisa Alaia (Izara Aishah & Adib Khalid)
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 ini melahirkan anak perempuan sulung mereka pada 15 April 2020.
Diberi nama yang cukup indah, Irisa Alaia, Izara dan Adib berkongsi foto wajah puteri mereka selepas seminggu melahirkan.
#4 Andre Omar (Farah Nabilah & Mohammed Amirul Yunus)
Farah Nabilah dan suami, Mohammed Amirul meraikan kelahiran bayi lelaki mereka pada 22 Oktober 2020.
Farah mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka, Andre Omar selepas enam hari bersalin. Pasangan ini disatukan pada 20 Disember 2019.
#5 Aisha Amaira (Fasha Sandha & Aidil Aziz)
Fasha melahirkan anak ketiganya, bersama suami Aidil Aziz yang diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020.
Dilahirkan secara pembedahan, kelahiran bayi yang turut dikenali dengan nama ‘Baby A’ itu diumumkan menerusi laman Instagram Aidil.
Menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama Rizal Ashram, dia mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.
#6 Baby Gabriel (Emma Maembong & Muhammad Shazli Azhar)
Emma Maembong dan suaminya menimang cahaya mata lelaki pada 8 November 2020.
Pasangan yang berkahwin pada 20 Februari lalu itu mengumumkan berita baik tersebut selepas seminggu Emma selamat melahirkan zuriat mereka.
Terbuka untuk berkongsi wajah putera sulung mereka, Emma hanya memanggil anaknya dengan panggilan Gabriel di Instagram dan masih belum mendedahkan nama anak mereka secara rasmi.
#7 El Issac Yamani (Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati)
Datuk Jamal Abdillah dan isterinya, Datin Zai Izzati menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pada 11 November 2020.
Diberi nama El Issac Yamani atau nama panggilannya Zek, bayi seberat 3.05kg itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Ipoh Perak.
Terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki Osama Yamani, 19, Ahmad Zaki Yamani, 14 dan seorang anak perempuan Nur Azura Yamani pada 10 Oktober 2019.
#8 Gigi Hadid & Zayn Malik (belum berkongsi nama anak)
Selebriti Hollywood terkenal Zayn Malik dan pasangannya Gigi Hadid melahirkan anak perempuan sulung mereka pada 23 September 2020.
Berita baik itu diumumkan oleh Zayn menerusi laman Twitternya dengan memuat naik sekeping foto jari bayi.
Menjaga privasi keluarga, Zayn dan Gigi sehingga kini belum berkongsi wajah serta nama anak mereka.
#9 Daisy Dove Bloom (Katy Perry & Orlando Bloom)
Pasangan Hollywood Katy Perry dan Orlando Bloom meraikan kehadiran anak perempuan mereka yang diberi nama Daisy Dove Bloom pada 26 Ogos 2020.
Berita gembira itu dikongsi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mengucapkan tahniah kepada pasangan yang merupakan duta organisasi tersebut.
#10 Willa (Joe Jonas & Sophie Turner)
Bintang antarabangsa Joe Jonas dan Sophie Turner menyambut kelahiran bayi perempuan mereka pada 22 Julai 2020.
Diberi nama Willa, Sophie turut berkongsi dia memakai pelitup muka ketika melahirkan puteri sulungnya itu.
Pasangan yang bertunang pada tahun 2017 itu mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar