Laman Utama

#GempakTravel: [FOTO] Cantik Macam Di Maldives, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Datang Ke Sipadan Kapalai Dive Resort

Azwa Rahman
02/09/2020
10:39 MYT
Sponsor Banner
#GempakTravel: [FOTO] Cantik Macam Di Maldives, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Datang Ke Sipadan Kapalai Dive Resort
Keindahan dan keunikan pulau-pulau di Sabah tidak perlu diperkatakan lagi.
Jika sebelum ini anda terbiasa dengan nama pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mabul, ada sebuah lagi pulau yang jarang mendapat perhatian iaitu Kapalai yang wajib anda kunjungi.
Bersempena dengan kempen cuti-cuti Malaysia yang sedang rancak kini, Gempak berkesempatan meluangkan masa selama satu malam di Sipadan Kapalai Dive Resort dan boleh disimpulkan sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pulau Kapalai terletak di Semporna, Sabah. Bagi anda yang berada di semenanjung, anda perlu menaiki penerbangan ke Tawau, Sabah kemudian menaiki kereta ke Semporna yang mengambil masa selama satu jam.
Daripada jeti di pekan Semporna, anda perlu menaiki bot selama 45 minit dan selalunya penghantaran bot tersebut sudah tersedia di dalam pakej penginapan.
Di sini Gempak senaraikan lima tarikan yang menambat hati sepanjang kami berada di pulau indah ini.
1. Resort atas air yang jarang didapati di Malaysia
Pasti ramai yang mengidamkan menginap di dalam resort di atas air. Tambah menarik apabila tidak semua resort di atas air itu mahal harganya.
Kepulauan di Semporna merupakan antara yang paling banyak menawarkan penginapan begini dan salah satunya adalah Sipadan Kapalai Dive Resort.
Sesuai bagi pasangan berbulan madu, percutian keluarga ataupun sahabat baik, bayangkan di bawah resort anda adalah air laut jernih dan sekali sekala hidupan laut melintas, memang mengasyikkan.
2. Hidupan laut seperti penyu yang berenang bebas
Sepanjang kami berada di sana, kami terlihat ratusan jenis ikan pelbagai warna berkeliaran di kawasan perairan resort.
Paling mengujakan apabila kami bertemu dengan beberapa ekor penyu yang berenang bebas di bawah kawasan bilik.
Pada waktu malam, jelas kelihatan hidupan laut ini berenang di kawasan air pasang ditemani cahaya bulan.
Namun, semasa snorkeling, anda perlu berhati-hati agar tidak terkena landak laut, ular laut dan ikan pari yang boleh mendatangkan kecederaan.
3. Air laut yang jernih kebiruan
Selepas terperuk di rumah sepanjang PKP dilaksanakan, kami yakin anda akan tergaman dengan birunya air laut yang menanti anda di sini.
Dengan lankdsap yang dipenuhi tumbuhan bunga, anda tidak perlu terbang jauh untuk menikmati air laut Maldives kerana di pulau Kapalai ini, memang hampir sama!
Paling indah apabila waktu sarapan pagi dan makan tengah hari anda, anda nikmati bersama keindahan air laut yang jernih dan bersinar.
4. Semua bilik mengadap laut
Anda tidak perlu risau mahu berebut bilik yang paling cantik kerana semua bilik dilengkapi dengan pemandangan laut biru yang jernih.
Bertemakan kayu dan tradisional, anda akan merasai pengalaman berada di perkampungan aman dengan suasana cukup mendamaikan.
Tidak puas bergambar di kawasan luar, jangan lepaskan peluang mengambil OOTD di beranda bilik.
5. Kemudahan dan aktiviti serba lengkap
Jika mahu melakukan aktiviti snorkeling, menyelam, bermain kayak, berenang serta melihat matahari terbenam, semuanya ada di sini. Kakitangan mereka juga cukup peramah melayani semua pengunjung.
Makanan buffet yang disediakan cukup enak. Mereka turut menyediakan air panas, air sejuk dan buah-buahan untuk anda bawa pulang ke bilik.
Momen paling indah adalah apabila kami bangun seawal jam 6 pagi untuk melihat matahari naik hanya daripada beranda bilik serta bermain kayak kaca, cukup memukau.
Sipadan Kapalai Dive Resort menanti kehadiran semua rakyat Malaysia dengan harga yang cukup berpatutan.
Anda akan menikmati percutian pulau indah tanpa perlu terbang jauh, semuanya ada di Malaysia!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar