Gaya Hidup

#GempakTravel: Kunjungan Ke Jawa Timur Tak ‘Onz’ Kalau Anda Tak Singgah 3 Tempat Best Ini!

Azwa Rahman
27/02/2020
10:32 MYT
Sponsor Banner
#GempakTravel: Kunjungan Ke Jawa Timur Tak ‘Onz’ Kalau Anda Tak Singgah 3 Tempat Best Ini!
Jawa Timur merupakan satu lagi lokasi ‘rare’ untuk anda penggemar adverture. Jika berkunjung ke Yogjakarta (Jogja), apa kata singgah ke Jawa Timur untuk nikmti tarikan menarik di sana.
Pengacara Gempak TV, Daniel O’Neil tidak melepaskan peluang untui melawat Jawa Timur sewaktu lawatannya ke Jogja baru-baru ini.
Mengambil masa lapan jam perjalanan menaiki kereta api dari stesen Tugu, Jogja, pengalaman menarik ini patut anda cuba!
Jom semak tiga lokasi menarik Daniel sewaktu kunjungannya ke Jawa Timur.
1. Gunung Bromo
Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang aktif dan cantik yang ada di Indonesia. Dikelilingi gunung-gunung kecil, ia memjadi salah satu lanskap paling cantik di kawasan tersebut.
Berada di dalam Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Bromo mendapat namanya daripada Tuhan Hindu, Brahma.
Info:
  1. Pastikan bangun seawall 2.45 pagi untuk menaiki kereta pacuan empat roda untuk ke Bromo. Selain Bromo, anda juga akan dibawa ke beberapa tarikan lain yang ada di sekitar taman negara tersebut.
  2. Bawa topeng muka kerana pasir di sana terlalu halus. Angin yang sepoi-sepoi akan membuatkan pasir berterbangan.
  3. Kalau anda tidak suka berjalan, anda boleh menunggang kuda untuk naik kek atas.
  4. Daniel bagi 10/5 bintang! (terlalu best)
2. Kawah Ijen
Kaki hiking silalah datang ke Kawah Ijen, memang mencabar! Sebelum sampai, anda perlu mendaki hampir satu jam 30 minit untuk sampai ke kawasan kawah. Kawasan pendakian ditandakan dengan baik jadi anda tidak perlu risau kalau tersesat.
Setibanya anda sampau ke puncak Ijen, anda boleh meneruskan perjalanan ke ‘Blue Fire’ dan anda boleh menyaksikan sendiri keajaiban Tasik Biru yang sangat cantik.
Info:
  1. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 100,000 rupiah (RM29) pada hari bekerja dan 150,000 rupiah (RM44) pada hari minggu.
  2. Untuk lawatan ke tasik Kawah Ijen, pendakian boleh dimulakan seawal 2 pagi untuk menyaksikan ‘Blue Fire’. Kalau tak, anda boleh mulakan pendakian pada jam 4 pagi.
  3. Pakai kasut tertutup dan jangan lupa jaket tebal kerana cuaca sejuk.
  4. Daniel bagi 10/5 bintang! (Wajib pergi!)
3. Blue Fire di Kawah Ijen
Keindahan ‘Blue Fire’ hanya boleh didapati di dua negara sahaja iaitu Iceland dan Indonesia. Bercahaya dalam gelap, anda boleh melihat kawasan ini dengan bantuan pendakian bersama agen pelancongan. Memang berbaloi!
Info:
  1. Upah agen pelancongan yang mahir dengan kawasan persekitaran untuk mengelakkan anda berdepan bahaya.
  2. Sentiasa utamakan keselamatan. Jika anda mendaki bersama agen pelancongan terlatih, alatan pendakian akan disediakan. Kalau tak, alatan pendakian boleh disewa di kawasan berkenaan.
  3. Bawa bersama sedikit makanan dan minuman kerana pendakian yang panjang akan membuatkan anda lapar dan dahaga.
  4. Daniel bagi 10/5 bintang! (worth it!)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar