Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Jodoh Pasti Bertemu, Semak Senarai Perkahwinan Paling Diingati Sepanjang Tahun! Ada Fatin Afeefa, Da'i Syed, Mas Idayu & ...

Asyikin Mayudin 01/01/2023 | 02:50 MYT

Tahun 2022 juga menyaksikan ramai selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang dan terdapat antara mereka juga yang tiba-tiba saja kahwin.

Jom kita refresh semula selebriti yang kahwin pada 2022;

Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, antara selebriti yang tiba-tiba sahaja bernikah dengan ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.

Heliza yang sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Pada 1 Januari 2022, pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie juga selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, dan gelang buat Sheryl.

Syura Badron & Muhd Farizat Ismail

Selepas sembulan tahun menjadi ibu tunggal, akhirnya penyanyi Syura Badron sah bergelar isteri dengan jejaka pilihannya, Muhd Farizat Ismail pada 22 Januari 2022.

Syura yang juga bekas juara MasterChef Selebriti musim kedua selamat diijabkabulkan dengan tiga kali lafaz dalam majlis yang dihadiri 30 ahli keluarga kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.

Usop Mentor & Nur Fatihah

Penyanyi Usop Mentor sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, pada 4 Februari 2022.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Zulin Aziz & Farhan Norzaini

Pelakon Zulin Aziz akhirnya temui cinta sejati apabila dia selamat diijjab kabulkan dengan Farhan Norzaini di di Masjid Negara, pada 20 Februari 2022. Zulin menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.

Vanidah Imran & Arif Abdillah Idris

Setelah empat tahun hidup solo, aktres popular Vanidah Imran kembali bergelar isteri apabila berkahwin dengan seorang jurutera, Arifabillah Idris pada 7 Julai lalu.

Wani Hasrita & Mohd Al-Adib

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada 22 Julai lalu.

Wany menerima sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin

Pada 2 September lalu, penyanyi, Shahir Zawawi, 34, sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz.

Dalam majlis itu, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300.

Sharifah Amani & Syed Zainal Rashid

Dalam diam tiba-tiba pelakon Sharifah Amani selamat bernikah dengan pasangan pilihannya iaitu Ahmed Faris Amir, 38, yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pada 10 September lalu.

Pada majlis tertutup yang dihadiri 200 tetamu itu, Sharifah Amani menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Mas Idayu & Muhamad Sufian Isa

Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Sufian Isa, 51, yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3 pada 15 September lalu.

Majlis dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,001 dan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Nilai wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Sweet Qismina & Adam Lee

Pelakon Adam Lee memilih tarikh pernikahan dengan pasangannya Sweet Qismina sempena tarikh lahir Sweet iaitu pada 24 Oktober lalu.

Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 yang menjadi simbolik hari lahirnya manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.

Najwa Latif & Akwa Arifin

Penyanyi Najwa Latif membuat kejutan apabila mengumumkan di telah sah menjadi isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi laman Instagramnya.

Syifa Melvin & Safawi Rashid

Akhirnya teka-teki terjawab apabila pempengaruh Syifa Melvin selamat bernikah dengan pemain bola sepak Harimau Malaya, Safawi Rasid pada 28 November lalu.

Dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Da’i Syed & Hana Ismail

Perkenalan yang singkat akhirnya dibawa ke jingjang pelamin… pendakwa bebas Da’i Syed sah bergelar suami kepada pengacara Hana Ismail pada 3 Disember lalu.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas.

Anita Baharom & Engku Isyamuddin Tuan Losin

Pelakon Anita Baharom selamat melangsungkan pernikahan dengan duda anak lapan iaitu Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pada 22 Disember lalu.

Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.

Reen Rahim & Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember lalu.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barang kemas selain mendapat tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Fatin Afeefa & Aliff Awang

Pelakon Fatin Afeefa selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Ini merupakan perkahwinan kedua Fatin memandangkan sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

#Reen Rahim #Wany Hasrita #Sweet Qismina #Wedding Of The Year #Fatin Afeefa #Artis Kahwin
;