Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gempar Satu Malaysia Harimau Malaya Berkeliaran, Perhilitan Sahkan Ia…

Hanafis Haris 24/09/2020 | 08:56 MYT

Kecoh satu Malaysia apabila kelibat seekor harimau Malaysia dewasa dikatakan berkeliaran di Ulu Yam, Gombak sejak kelmarin.

Malah, rakaman video berdurasi 43 saat yang viral itu telah mencetuskan kebimbangan ramai mengenai keselamatan di kawasan sekitarnya.

Namun, video tersebut telah disahkan palsu dan bukannya berlaku di Malaysia.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Menerusi Harian Metro, Abdul Kadir menafikan kehadiran harimau di lokasi berkenaan berikutan tiada laporan khas dibuat kepada pihaknya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pihaknya bagaimanapun mendapati maklumat itu adalah palsu dan sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.

"Semakan dilakukan mendapati rakaman video itu diambil di Pambra, Utara India dan disebarkan badan hidupan liar 'Wayanad Wildlife Sanctuary' pada 3 September lalu.

"Orang ramai tidak seharusnya panik dan menyebarkan maklumat tidak tepat. Rujuk dahulu dengan pihak Perhilitan untuk pengesahan," katanya,

Tambahnya, fizikal harimau Malaya dan Harimau Benggala yang mendiami Bangladesh serta India tidak jauh bezanya menyebabkan ramai yang keliru.

#Viral #Viral #Harimau
;