Laman Utama

"Gemuk Satu Pilihan Bukan Ketentuan"- Dr. Say Minta Cukup Salahkan Genetik!

Syafiqah Jalal
29/01/2023
11:00 MYT
Sponsor Banner
"Gemuk Satu Pilihan Bukan Ketentuan"- Dr. Say Minta Cukup Salahkan Genetik!
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendakwa kegemukan diri seseorang adalah satu pilihan dan bukan ketentuan atau faktor genetik sahaja.
Tidak berniat hendak bersikap 'body shaming' sesiapa tetapi Dr. Say cuba nyatakan kegemukan adalah satu tanda menunjukkan gaya hidup seseorang itu tidak sihat.
"Kegemukan satu pilihan bukan ketentuan.
"Topik hari ini sedikit keras I'm sorry but I'm not body shaming anyone cuma saya cuba tekankan fakta yang kita semua dah tahu kebenarannya iaitu obesiti atau kegemukan adalah tidak sihat.
"Semua ni disebabkan dua saja. Makan berlebihan dan kurang senaman," katanya.
Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya sebelum dan selepas mengamalkan gaya hidup sihat.
Mengikut pengalamannya, Dr. Say juga akui pernah mempunyai berat badan berlebihan sehingga akhirnya menyeksa diri.
"Makan berlebihan dan kurang senaman. I've been in this place before. Sikit sikit craving macam-macam makanan tak sihat dan makan tanpa kawalan.
"Berat paling tinggi pernah saya naik 95kg untuk tinggi 175cm. Masa tu bini mengandung, saya 'mengandung' juga.
"Jalan terasa berat, nafas rasa tersekat, seluar tak payah cakap sendat yang teramat. Rasa tak selesa. Rasa cepat penat.
"Orang cakap “sizing baikkk” tapi kita sendiri tahu bila bukak baju, ni bukan sizing tambah otot tapi sizing tambah lemak," ceritanya lagi.
Namun Dr. Say memberitahu selepas itu dia telah mengubah gaya hidupnya agar lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan.
"Lepas anak lahir I told myself “this is unhealthy, i need to do something”. Fast forward beranak dua walaupun tak sesado gambar pertama tapi at least much fitter dari gambar kedua.
"Saya still enjoy cravings but I am more aware of my portion size. Senaman 3-4 kali seminggu cukup dah," katanya lagi.
Justeru Dr. Say meminta agar semua mengamalkan gaya hidup sihat supanya dapaT mengekalkan bentuk badan ideal.
"Kesimpulannya, cukuplah salahkan genetik sebab bentuk badan kita dipengaruhi mostly by of our food & lifestyle choices.
"Tak payah nak extreme diet Keto, Plato, Palatao semua tu.
"Kepada wanita-wanita yang DM tanya “apa Dr. Azura buat anak dua tapi badan maintain?” tiada secret, tiada supplement, tiada bekung pun.
"Just eat and exercise in morderation that's all. All I'm asking is for us to live a healthier life thats all untuk kebaikan diri sendiri and family," ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar