Hiburan

“Geprek Bensu Di Malaysia Hanya di Bukit Bintang, Tak Pernah Ada di Shah Alam” – Ruben Onsu Bakal Kemukakan Saman

Fiza Kamarudin
13/01/2020
04:42 MYT
Sponsor Banner
“Geprek Bensu Di Malaysia Hanya di Bukit Bintang, Tak Pernah Ada di Shah Alam” – Ruben Onsu Bakal Kemukakan Saman
Pemilik dan pengasas rangkaian restoran Geprek Bensu, Ruben Onsu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha makanan di Shah Alam yang menggunakan jenamanya tanpa kebenaran.
“Peguam saya sedang meneliti kes ini dan bagi saya ini perkara serius kerana mengelirukan orang ramai.
“Ingin saya tegaskan di sini yang restoran Geprek Bensu saya di Malaysia hanya di Bukit Bintang, tidak pernah ada di tempat lain,” katanya.
Ruben Onsu atau nama sebenarnya Ruben Samuel Onsu ditemui ketika majlis perasmian Restoran Geprek Bensu di Bukit Bintang pada Sabtu. Ruben berkata, dia dalam perancangan untuk membuka beberapa lagi cawangan restoran tersebut di negara Asia seperti Taiwan, Thailand dan Singapura.
“Saya mengambil masa setahun sebelum restoran ini dibuka di Malaysia. Agak lama masa yang diambil kerana saya perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kos dan lokasi.
“Alhamdulillah, hari ini impian saya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Asia kedua mengembangkan Geprek Bensu terlaksana.
“Selepas ini saya merancangan untuk ke negara Asia lain seperti Taiwan Thailand dan Singapura. Selain negara Asia, saya juga merancang untuk membuka cawangan di negara Eropah, iaitu Amsterdam,” katanya.
Rangkaian perniagaan restoran Geprek Onsu di Indonesia kini sudah memiliki 130 buat cawangan.
“Saya bersyukur diberikan rezeki daripada tuhan. Semua ini rencananya, saya sendiri tidak pernah menjangka akan sampai ke tahap ini,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar