Berita
"Geram... Nasib Tak Tergolek" - Rupa-Rupanya Ini 'Rahsia' Jihan Muse Di Pentas AME 2019!
Pengacara popular, Jihan Muse mendedahkan detik yang tak dapat dilihat oleh penonton di rumah dan sebahagian besar penonton di stadium ketika membuat persembahan parodi Konsert Siti Nurhaliza On Tour di pentas Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) Ahad lalu.
Perkara itu dikongsi Jihan menerusi video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Jihan, dia sepatutnya melakukan aksi dengan menggayakan selendang yang dipakainya ketika bahagian akhir persembahan itu, namun dia tidak sengaja terduduk atas selendang itu.
"Yang tak dapat dilihat oleh penonton di rumah dan sebahagian besar penonton di stadium, lihat sampai habis (video tersebut).
"Kain selendang kepala kita dudukkan, terus tak jadi aksi syahadah Siti.
"Geram, nasib baik tak tergolek, thank you adik dancers, terkapai-kapai bonda nak," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat video tersebut.
Tidak ketinggalan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen.
"Hahaha..lawak! Nampak di akhir tu nak duduk tegak tak boleh," tulisnya.
Jihan mengacarakan anugerah berprestij itu bersama Nabil dan Neelofa.
AME 2019 menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana merangkul trofi anugerah Top Top Meletop bagi kategori lelaki dan wanita pada tahun ini dan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM10,000.