Laman Utama

Gigi, Antara Nakal & ‘Gila Bab*’ Profesional Karyawan Muzik Bekerja

Maliah Surip
07/11/2022
13:00 MYT
Sponsor Banner
Gigi, Antara Nakal & ‘Gila Bab*’ Profesional Karyawan Muzik Bekerja
Di tengah pentas, lebih satu ribu peminat sedang terpegun melihat aksi sang vokalis Gigi, Armand Maulana menuntaskan tanggungjawabnya sebagai penyanyi.
Beliau terlihat sedikit lesu; yang disembunyikan di sebalik semangat dan profesionalisme seorang penghibur ; juga sebuah pekerjaan yang ditekuni sejak berpuluh tahun lamanya.
“Aku mohon maaf yang sebesarnya kerana aku tidak fit (sihat),” ungkap Armand berkali kali.
Malam itu, pada malam paling dinanti dan bersejarah buat Gigi lewat Konsert Gigi ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur, Armand jatuh sakit; malah jauh beberapa hari sebelum konsert besar itu berlangsung beliau sudah tidak enak tekak dan mengalami batuk teruk.
Tetapi pada malam itu, bersama gengnya yang lain, Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy, Gigi mempamer sebuah lagi persembahan mata dan telinga yang ‘gila babi’.
“Tidak apa apa kan aku sebut gila bab*? Salahkan ini teman Malaysianya yang ngajar aku nih,” katanya disambut derai tawa penonton.
Untuk sebuah band yang telah berada dalam belantika muzik sejak tahun 1994, setiap kekurangan terutama saat terjadinya masalah kesihatan yang bukan sebuah rencana, Gigi berjaya mengatasi masalah tersebut dengan segudang pengalaman.
Mendengar Armand bercanda, mendendangkan tembang tembang terbaik mereka seperti Terbang, My Facebook, Cinta Terakhir, Bisa Saja dan Perdamaian misalnya sehabis baik, peminat tidak terluka dengan suasana vokalnya yang ‘kacau’.
“Aduh kacau, suara aku kehabisan ni, lagunya ada 30 lagu ini,” ujar Armand beberapa kali sebelum menyambung: “Aduh aku tidak peduli ya kalau nanti di media sosialnya bilang konsert ini kacau habis. Aku mohon maaf sebesarnya, terasa seperti mahu pulangkan wang kalian.”
Meski begitu, dengan tulus GigiKita seakan tidak peduli. Apa lagi melihat bagaimana solidnya permainan setiap seorang personal Gigi.
Dewa Budjana memang gitaris jaguh yang tak terkalahkan. Setiap petikannya mengkhayalkan, begitu juga seperti Thomas yang membuat peminat larut dalam petikan bass dan melihat bagaimana Hendy mengetuk drum seperti tidak pernah kenal lelah, semua kekurangan vokal Armand telah terbang dan dimaafkan tanpa sedar.
Gigi adalah sebuah pasukan yang solid. Kekuatan mereka bukan hanya pada Armand, tetapi setiap pemain instrumen mereka adalah yang terbaik pernah ada dalam belantikan muzik Indonesia.
Dan tentu sahaja dengan susah payah Armand mempertahankan vokalnya supaya ‘tidak kematian’, konsert yang dibawakan oleh Tanjak Global dan Yolo Malaysia ini masih berakhir dengan baik, meski kepuasan mungkin tidak dapat dinikmati semaksimalnya .
Dihadiahkan dengan 11 Januari dan Nakal sebelum tirai konsert ditutup, Gigi wajib mendapatkan kredit yang baik.
Sebagai sebuah grup yang profesional, bermain muzik sudah menjadi darah daging, antusias yang tidak pernah mati biarpun disapa masalah kesihatan, terima kasih Gigi kerana memberi sebuah persembahan yang ‘gila bab*’ menghairahkan.
Kredit foto: Tanjak Global
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar