Viral
Gila! Paranormal Terkenal Kata Suami Isteri Boleh Tukar Pasangan, Asal Suka Sama Suka
Seorang paranormal terkenal Indonesia, Samsudin Jadab atau Gus Samsudin menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat apabila didakwa cuba membawa ajaran sesat kepada ahli jemaah atau pengikutnya.
Gus Samsudin, 35, mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan pasangan yang sudah berkahwin boleh bertukar pasangan dengan orang lain dengan syarat jika satu sama lain terdapat rasa saling suka.
Kenyataan tersebut dibuat Gus Samsudin menerusi video yang ditayangkan di saluran YouTube miliknya, Raka Official pada 24 Februari lalu.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki mengenakan pakaian hijau dan berpenutup kepala memberi kebebasan kepada anggota kelompoknya bertukar pasangan dan melakukan hubungan dengan orang lain meski bukan pasangan suami isteri jika mereka saling menyukai.
“Bebas di sini, asalkan senang sama senang, suka sama suka, silakan. Mahu tukar pasangan juga boleh,” ujar salah seorang pemimpin pengajian yang turut disertai Gus Samsudin.
Akibat daripada kenyataan yang memang salah dan menyesatkan, lelaki tersebut telah ditahan pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa telah memanggil Gus Samsudin memberi keterangan. Setakat ini dia menjadi saksi dalam kes tersebut,” ujar perwakilan pihak berkuasa seperti dilaporkan CNNIndonesia.