Laman Utama

Giliran Rumah Tangga Penyanyi Opick Didakwa Bergolak, Isteri Mohon Doa

Maliah Surip
26/05/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Giliran Rumah Tangga Penyanyi Opick Didakwa Bergolak, Isteri Mohon Doa
Kisah pergolakan rumah tangga bukan sahaja sedang ‘melanda’ pasangan selebriti Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Selain heboh isu curang penyanyi Virgoun yang kini dalam proses perceraian begitu juga nasib sama dialami pelakon terkenal Ari Wibowo, kini khabar tak enak dikatakan sedang melanda rumah tangga penyanyi kerohanian, Opick.
Rumah tangga pelantun lagu Rapuh dengan Bebi Silvana didakwa sedang bergolak selepas isterinya membuat hantaran di media sosial beberapa hari lalu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Opick dilanda badai.
Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya. Dia diketahui berada di kediaman keluarganya di Bandung.
Selepas beberapa hari khabar tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Opick akhirnya memberi pencerahan.
Opick menjelaskan kepada pihak media, rumah tangganya berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak mahu komen kerana kalau cakap, saya dapat rezeki. Anak-anak semua baik,” katanya ringkas seperti dilaporkan Detik.com.
Bercakap mengenai isterinya keluar daripada rumah bersama anak-anak, Opick menjelaskan mereka pulang ke kampung untuk menziarah ibu mertuanya yang tidak sihat.
“Dia pulang kampung, ibunya tidak sihat selepas menjalani pembedahan.
“Tidak ada masalah, jadi saya terkejut kenapa hal ini (rumah tangga bergolak) pula muncul? Ini yang saya tidak faham,” katanya lagi.
Sementara itu Bebi diketahui sudah menghapuskan hantaran yang dibuat sehingga menimbulkan spekulasi rumah tangga dengan Opick sedang bermasalah.
Dia sebaliknya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka di Insta Story.
"Mohon doa juga supaya kami berdua (saya dan suami) bisa saling introspeksi diri dan terus mencoba memperbaiki keadaan supaya lebih baik. Amiin YRA," tulis Bebi Silvana dalam Instagram Story miliknya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar