Laman Utama
Giliran Suami Dahlia Rizal Pula Dikritik Sebab Promosi ‘Mi Segera Zionis’?
Suami kepada pempengaruh Dahlia Rizal, Imran Aqil menerima kecaman gara-gara mempromosikan produk makanan yang dikatakan memberi sokongan terhadap Israel.
Menerusi hantaran yang dikongsi semula oleh netizen di platform X, rata-rata menzahirkan rasa kecewa terhadap Imran.
Sementara itu, pelakon Shila Rusly turut dikritik kerana mempromosikan jenama sama.
Terdahulu, pempengaruh dan pencipta kandungan Syamimia kembali menerima kritikan kerana mempromosikan jenama berkenaan di platform TikTok.