Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Gimik Boleh Dianggap Cheap Marketing Kalau..." - Harris Alif

Asraf Aided 05/04/2019 | 11:41 MYT
Penyanyi muda, Harris Alif, 20 menganggap gimik dalam dunia hiburan boleh disifatkan sebagai 'cheap marketing' jika tidak rasional dan lari dari tujuan sebenar.
Menurut Harris, dia tidak menyukai gimik untuk dirinya sendiri namun tidak memburukkan rakan artis yang melakukannya.
"Bagi saya, gimik dalam dunia hiburan boleh dianggap 'cheap marketing' sekiranya ia tidak bersesuaian dan tak rasional.
"Untuk saya sendiri, saya tak perlukan gimik untuk mempromosikan lagu-lagu saya, namun saya tak memburukkan artis lain jika mereka lakukannya.
"Semuanya bergantung kepada keadaan dan cara masing-masing, jika gimik yang melampau dan negatif, sudah tentu orang tidak suka," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Harris telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Pencinta.
Single tersebut adalah ciptaan sepenuhnya dari penyanyi, penulis lirik dan komposer terkenal, Ajai.
Ia boleh di dapati di semua platform digital, lirik videonya juga telah mula ditayangkan di YouTube.
#Harris Alif
;