Laman Utama
Gimik Gunting Rambut Dijalanan Bawa Mesej Kecintaan ChezKamya Pada Negara Sempena Hari Malaysia 2023
Demonstrasi ‘salun dijalanan’ yang diadakan baru-baru ini di tengah-tengah laluan sesak lampu isyarat pusat beli-belahPavilion Kuala Lumpur, merupakan sebuah gimik yang menjadi sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya Professional.
Selain itu, warga kota bukan sahaja teruja melihat ketangkasan pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat, lebih bermakna demonstrasi itu juga membawa mesej kecintaan pada negara sempena merayakan Sambutan Hari Malaysia 2023.
“Demonstrasi ini mengetengahkan konsep selangkah ataupun near-to-them. Sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna dijalanan. Biasanya pelanggan yang datang ke salun.
“Titik pertemuan bermula di restoran Daigor Sungei Wang dan berakhir di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Orang ramai diberikan produk serta baucer secara percuma, selain berpeluang meramkamkan momen photodump di bandar Kuala Lumpur.
“Kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak. Ia simbolik kepada meraikan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini,” kata Chez Hamdan.
Berpengalaman 17 tahun di dalam industri dandanan rambut, Chez Hamdan antara pengusaha salun bumiputera yang kekal relevan kerana prestasi baik dalam kalangan pelanggan.
Sentiasa menyajikan perkhidmatan terkini, jenama ChezKamya cukup dikenali sebagai trendsetter terutamanya kepakaran mewarna rambut serta potongan unik, sehingga menjadi pilihan VVIP dan selebriti tempatan.
“Sempena 1 tahun ChezKamya, kami menambah nilai perkhidmatan di salun, dengan memperkenalkan pasukan barber untuk menarik lebih ramai pelanggan lelaki serta segmen kecantikan, manicure dan pedicure buat golongan wanita.
“Paling penting kadar harga dikenakan sangat berpatutan meskipun servis taraf kayangan. Anda boleh rasai sendiri vibes 5 bintang dengan berkunjung ke salun ChezKamya, “katanya lagi.
Sementara itu, selebriti yang juga usahawan terkenal, Erna Elliyana Rosli selaku rakan kongsi ChezKamya mengakui bangga dengan pencapaian yang dikecapi.
“Saya dan Chez Hamdan telah lama bersahabat baik dan ketika negara sedang dalam pemulihan dari wabak COVID-19, kami memikirkan bagaimana kita saling dapat membantu untuk merancakkan semula perniagaan masing-masing.
“Sebagai seorang business woman niat utama saya untuk bersama dengan peniaga-peniaga Islam yang berpotensi besar, kerana percaya kebersamaan dapat memacu perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus memperbaiki ekonomi pengusaha-pengusaha Islam.
“Ternyata gabungan Chez dan Kamya saling melengkapi dan pelanggan melihat kami sebagai one stop centre khususnya bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman serta luaran. Sebagaimana tagline sering saya laungkan cantik itu kamu!,” katanya.
Tawaran istimewa sempena ulang tahun pertama ChezKamya, pelbagai promosi menarik menanti pelanggan. Antaranya peluang mewarna rambut serendah RM50, promosi khas untuk abang rider hanya RM20 (potong rambut dengan barber). Termasuk diskaun 50 peratus untuk sesi manicure dan pedicure kepada semua pelanggan saya mendandan rambut di salun ChezKamya.