Hiburan

“Gimik Lagi? So Lame” – Kongsi Foto 'Hari Bahagia', Netizen Dah Bosan Gimik Kahwin Zulin Aziz?

Mya Amri
27/05/2019
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Gimik Lagi? So Lame” – Kongsi Foto 'Hari Bahagia', Netizen Dah Bosan Gimik Kahwin Zulin Aziz?
Pelakon Zulin Aziz berkongsi satu foto sedang ditatarias oleh seorang jurusolek bersempena dengan hari bersejarahnya.
Malah kapsyen Zulin juga seakan-akan memberikan petunjuk sesuatu perkara yang baik bakal berlaku pada dirinya.
Perkara itu dikongsi Zulin menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
“Terima mak @kasihcicie makeupkan dihari bersejarah saya… Suami tak bagi tunjuk muka. Dia kata minta doakan je yang baik-baik,” tulisnya
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, tidak semua pengikut IGnya teruja dengan perkara itu malah ada juga yang berpendapat perkongsian itu hanyalah sekadar gimik sekali lagi.
“Gimik lagi...? So lame,” komen @xydx88 ringkas.
“Adakah ini benar atau gimik lagi?” tulis @fizazmr
“Takut gimik je, susah lah nak percaya. Yang baik dorang tak akan fikir... Selalu fikiran negatif je,” luah @ctshamsida_sabki
Bagaimanapun, ada juga pengikut yang mendoakan kebahagiaan Zulin.
“So traditional. Kalau betul apa salahnya kan. Amin kan jer,” komen @zuraa.abdhalim
“Sama ada betul atau tidak doa yang baik-baik je untuk kak Zulin,” tulis @nurulashikin98_
Terdahulu, Zulin pernah mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan sekitar Oktober 2018.
Sebelum ini juga Zulin pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Ahya Rosli.
Foto: Instagram @zulinaziz
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar