Laman Utama
Gmie Screen Meninggal Dunia Kerana Penyakit Buah Pinggang Bocor
Vokalis kumpulan Screen Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.
Perkara tersebut dikongsikan adik ipar Allahyarham menerusi aplikasi Whatsapp.
“Bismillahirrahmanirrahim.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
“Dukacitanya bahawa adik ipar saya Hajmi Bin Ibrahim (Gmie Screen) telah kembali ke rahmatullah pagi ini,setelah dimasukkan ke hospital 2 lepas. Jenazah masih berada di Hospital untuk ujian pengesahan COVID-19.
“Al-Fatihah...
Bintang Gegar Vaganza (GV) musim ketiga itu juga dilaporkan kurang sihat dan hilang selera makan, beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani, Allahyarham pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.
“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.
“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Sebelum ini, Gmie yang bersama kumpulan Screen cukup popular sekitar era 90-an menerusi Bila Cinta Di Dusta dan Tak Suka Tak Apa.
Pada April lalu, lalu penyanyi itu mendedahkan mengalami penyakit buat pinggang bocor.