#GMWA2022: Antara Personal Life, Reviu Produk & Tips, Konten YouTube Selebriti Mana Paling Power?
Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum menjelang malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan.
Sudah pasti peminat serta penyokong influencer, content creator dan barisan artis sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi menjuarai kategori yang dipertandingkan.
Sebelum ini Gempak telah mengimbau kembali senarai top 5 bagi kategori Lagu Tergempak, kali ini, apa kata kita semak kembali calon-calon top 5 bagi ketagori Selebriti Digital Tergempak.
Siti Nurhaliza (1.08M subscribers)
www.youtube.com/@sitinurhaliza/videos
Bukan sahaja menjadi pujaan di hati peminat, malah content di saluran YouTube penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza juga menarik perhatian penonton sehingga mendapat lebih 1 juta subscribers. Malah peminat juga boleh menonton video muzik lagu-lagunya dan juga rakaman konsert yang pernah diadakan.
Ain Edruce (656K Subcribers)
https://www.youtube.com/@ainedruce7038
Pelakon Ain Edruce juga antara selebriti yang semakin aktif di saluran YouTube dan dia mempunyai lebih 656,000 subscribers sehingga kini. Boleh katakan semua content yang dikongsikan melibatkan kehidupan peribadi Ain bersama suami dan anaknya.
Sharnaaz Ahmad TV (355K subscribers)
www.youtube.com/@sharnaazahmadtv2739
Pelakon Sharnaaz Ahmad mula aktif di saluran YouTube dengan menggunakan nama Sharnaaz Ahmad Tv sejak setahun lalu. Biarpun masih baru namun Sharnaaz berjaya menarik lebih 355,000 subsribers. Content yang Sharnaaz ketengahkan di saluran YouTube miliknya lebih kepada reviu atau ulasan produk dan makanan.
The Tya’s Family (193K subscribers)
https://www.youtube.com/@TYAARIFINNW
Menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariifin turut tercalon dalam kategori yang sama. Tya yang juga pelakon dari Indonesia ini mempunyai lebih 193,000 subscribers di saluran YouTube miliknya iaitu The Tya’s Family. Bukan sahaja berkongsi kehidupan peribadinya namun Tya juga mempunyai content melibatkan produk keluaran syarikatnya.
Zarul Umbrella (181K subscribers)
Penyanyi Zarul Umbrella antara selebriti terawal yang mempunyai saluran YouTube sendiri. Sehingga kini, saluran YouTube Zarul sudah mempunyai 181,000 subscribers. Content yang disajikan juga agak menarik memandangkan Zarul banyak berkongsi temu bual bersama rakan selebriti yang pernah bertugas di syarikat penerbangan sama sepertinya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.