Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#GMWA2022: Baju Telekung Tribute MV Ku Ikhlaskan, Vida; "Inspirasi Sempena Ramadan Bakal Tiba"

Syafiqah Jalal 27/02/2023 | 09:53 MYT
Usahawan terkenal dan berkontroversi, Datuk Seri Vida akui kecewa apabila tewas dalam kategori Muzik Video Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA2022) pada Ahad.

Tidak dapat menerima kekalahan Muzik Video lagunya Ku Ikhlaskan itu, Vida membuat keputusan untuk pulang awal sebelum acara GMWA2022 berakhir.

"Kalah! Nak balik dah lah...Merajuk bawa diri sebab tak menang," katanya yang ditemui di luar dewan acara berkenaan.

Vida yang memakai busana kedua di acara berkenaan mengenakan baju rekaan Behati.

Menurut Vida, baju fesyen telekung itu digayakan sempena tribute kepada lagu Ku Ikhlaskan.

"Baju ni tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang tapi hampeh (gagal).

"Ini adalah telekung yang besar selalu kita pakai tapi kali ini pereka jadikan ia lebih bling bling (menyerlah). Cik B pula bawa watak badut seperti baju yang saya kenakan dalam MV itu.

"Baju ini inspirasi sempena ramadan yang bakal tiba," jelasnya.

Ku Ikhlaskan tewas dengan Muzik Video Dolla menerusi lagu BAD. Selain Vida, MV lain yang turut tewas adalah Nakal (Janna Nick) , Calablanca oleh Nuha Bahrin dan Satu Malam Di Temasek oleh Joe Flizzow.

Apabila ditanya bagaimana jika gaya busananya itu akan mendapat kritikan, Vida harap netizen terima dengan hati terbuka.

"Netizen kena terima lah dengan hati yang terbuka seperti mana saya terima kekalahan ini," ujarnya.

Ini bukan pertama kali usahawan Datuk Seri Vida menyanyi dna melancarkan lagu, namun Ku Ikhlaskan adalah lagu selepas hubungannya dengan usahawan Iqbal putus di tengah jalan.

Sebelumnya Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terlebih dahulu muncul dengan mekap pelik pada program Big Stage 2022 hingga mendapat kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Vida yang sememangnya kalis kecaman menjelaskan penampilan itu adalah ‘teaser’ bagi video muzik lagu Ku Ikhlaskan.

Meskipun mendapat kecaman dengan penampilannya dalam video muzik itu namun ia berjaya menjadi trending dan meraih 3.8 juta tontonan di YouTube.

#Ramadan #Tribute #Vida #Baju #Telekung #Inspirasi #MV #Ku Ikhlaskan #Sempena
;