Viral
#GMWA23: Amin & Abid Tewaskan Che Nom, Rangkul Trofi Content Creator (Lifestyle) Tergempak!
Menyajikan konten kreatif dari segi reka cipta, pasangan kembar Amin dan Abid memperolehi kutipan undian 51.36 peratus sekali gus memenangi kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023.
Pasangan kembar yang menyertai program INNOVATHON itu menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Auntie Purple, Che Nom, Nelysa Norazlan dan Ow To The Zie.
Nama Amin dan Abid mula melonjak naik di media sosial TikTok selepas memaparkan diri mereka mencipta pelbagai rekaan kreatif sehingga diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ oleh warganet.
Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan oleh pelayar TikTok selain turut dikongsikan di platform media sosial lain.
Terdahulu, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka. Pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak jati Seri Manjung itu pernah menghantar 40 rekaan model kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka.