Hiburan

#GMWA23: Ibu Pengkritik Tegar Aina Abdul - “Dia Suka Hantar Voice Note Macam Radio”

Asyikin Mayudin
26/02/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
#GMWA23: Ibu Pengkritik Tegar Aina Abdul - “Dia Suka Hantar Voice Note Macam Radio”
Pemenang kategori Lagu/Audio Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu, penyanyi Aina Abdul berkata kemenangan yang diperolehi itu berkat daripada doa ibunya.
BERITA TRENDING : #GMWA23: Jangan Mati Rasa Menambat Hati Peminat, Berjaya Dinobat Lagu/Audio Tergempak
Aina turut mendedahkan ibunya sentiasa memberi mesej peringatan terutama mengenai penampilannya setiap kali selepas dia melakukan persembahan.
“Saya rasa berkat doa ibu… dialah peminat nombor satu saya walaupun dia tengok saya dari jauh. Ikutkan saya lebih rela mak doa saya dari rumah sebab dia pun dah berumur.
“Ikutkan dia la pengkritik tegar saya, setiap kali habis persembahan, waktu subuh esok ya, akan ada mesej bertalu-talu daripadanya. Dia suka hantar voice note macam radio.
“Selalunya dia akan bagi mesej peringatan, tak selalunya berbunga tapi ada masa dia akan kritik juga. Dia la paling jujur, sebab kalau kawan-kawan ada yang tak jujur. Ibu saya juga akan tegur baju tak sesuai, kalau pelik sangat pun mak tak bagi,” katanya kepada Gempak.
Aina berkongsi perkara itu di sidang media di malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Aina memberitahu ibunya juga mengetahui kontroversi yang melandanya selain membaca komen negatif yang ditinggalkan netizen di YouTube.
“Ibu saya tahu kontroversi saya… bagi saya tak bagus untuk ibu saya. Ibu tak ada media sosial tapi dia selalu tengok YouTube dan Astro. Dia baca juga komen di YouTube. Dia akan ambil komen itu dan jadi risau.
“Komen yang saya dapat pun bukan yang indah saja, komen diberikan pedas. Bayangkan seorang ibu tengok komen sebegitu. Jadi, saya selalu cakap dekat ibu, ‘mak stop tengok YouTube’,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar